Gaya Hidup
PU Riz, Dr Aizul Buka Cawangan Pusat Estetik Patuh Syariah Di Kelantan! - "Prosedur Ikut Garis Panduan Islam, Bahan Halal, Aurat Terjaga"
AiRiz Aesthetic Centre, pusat estetik yang terkenal dengan pendekatan berasaskan syariah, dengan bangganya mengumumkan pembukaan cawangan kedua mereka di Kota Bharu, Kelantan.
Diasaskan oleh Dr. Aizul Hafizi, pakar perubatan estetik, bersama pendakwah terkenal Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, AiRiz Aesthetic Centre terus memperkukuhkan reputasinya sebagai destinasi utama bagi rawatan kecantikan dan estetik yang mematuhi prinsip Islam.
Cawangan kedua ini, yang terletak di Jalan Atas Bonggol, Kota Bharu, Kelantan akan memberikan perkhidmatan estetik premium kepada lebih ramai pelanggan, selari dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap rawatan kecantikan yang selamat, berkesan, dan patuh syariah.
PU Riz berkata, AiRiz Aesthetic Centre terus komited menyediakan rawatan estetik terkini yang diiktiraf secara perubatan dan halal.
“Kenapa di Kelantan? Saya tengok apa yang unik di Kelantan ini adalah kesungguhan orang ramai. Kalau macam dia nak buat satu benda itu memang ada keinginanlah.
"Kita tengok di sepanjang jalan-jalan di sini pun, berapa ramai orang Kelantan yang berniaga dan penerimaan pada perniagaan yang kecil-kecil itu mendapat sokongan baik. Saya rasa di Kelantan yang mana kalau ikut survey dalam 10 hingga 15 kilometer radius dari sini kuranglah pusat estetik itu.
“Jadi, dengan pembukaan cawangan kedua ini kami mahu terus komited menyediakan rawatan estetik terkini yang diiktiraf secara perubatan dan halal.
"Di cawangan baru ini, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai rawatan kecantikan seperti peremajaan kulit, rawatan anti-penuaan, laser, rawatan pengurusan berat badan, dan banyak lagi, kesemuanya dilaksanakan oleh pasukan profesional yang berkelayakan tinggi,” katanya.
BERITA TRENDING: “Pakcik Jangan Jerit..” - Pu Riz Terkejut, Sedih Di Marahi Jawatankuasa Masjid Ketika Berehat Tunggu Waktu Solat
Bahan halal & aurat
Menariknya, AiRiz Aesthetic Centre menonjolkan nilai syariah dalam perkhidmatan mereka, di mana setiap prosedur dilakukan dengan mematuhi garis panduan agama Islam. Dari rawatan berasaskan bahan halal hingga penekanan kepada aurat, AiRiz menawarkan perkhidmatan yang menjaga kepentingan pelanggan Muslim.Sementara itu, Dr. Aizul berkata, kerjasama dengan PU Riz ini bertujuan untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan yang ditawarkan dengan menyuntik elemen pendidikan agama yang penting bagi masyarakat Muslim yang ingin menjaga penampilan tanpa mengabaikan nilai-nilai Islam.
“Kami amat gembira dengan sambutan yang diberikan terhadap cawangan pertama AiRiz Aesthetic Centre. Dengan pembukaan cawangan kedua ini, kami berharap dapat terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan membantu lebih ramai individu mencapai kecantikan secara sihat dan mematuhi syariah.
“Secara peribadi, bila saya berniaga yang mana boleh katakan dah lebih daripada 10 tahun, memang saya menitik beratkan isu keberkatan. Jadi, keberkatan ini daripada apa yang kita berikan kepada orang itu mestilah memberikan satu manfaat.
“Jadi, tidak memudaratkan itu datang daripada dua aspek daripada aspek kemahiran saya sebagai seorang doktor dan juga sijil saya dalam bidang estetik dan juga dibimbing juga dari segi patuh syariah daripada PU Riz sendiri,” katanya.
BERITA TRENDING: “Sebaik Mana Orang Itu Pun Belum Tentu Orang Lain Akan Terima Kebaikan Dia” - PU RIz
BERITA TRENDING: PU Riz Titip Pesanan Untuk Lelaki Bakal Berkahwin - “Perkara Ini Juga Ada Ulama Kata Wajib & Sunnah Kata Mesti Dibuat”
BERITA TRENDING: "Rancangnya Sebelum Kahwin Lagi..." - PU Riz Buka Klinik Estetik, Hey Lelaki Pun Perlu 'Cantik' & Bersih!
Pembukaan cawangan kedua AiRiz Aesthetic Centre disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.
Perniagaan masa depan
Beliau berkata, pembukaan AiRiz Aesthetic Centre yang diusahakan oleh usahawan muda dianggap sebagai satu bentuk perniagaan masa hadapan.“Kedatangan usahawan muda, saya gelarkan mereka ini usahawan muda membuka satu bidang perniagaan yang disebutkan adalah satu perniagaan masa hadapan kerana mereka berani yang pertama dan mahu mengambil peluang yang begitu besar.
“Itulah yang kita harapkan kerana dalam bidang estetik ini saya rasa kalau niatnya betul dan caranya betul kita memang boleh pergi ke depan kerana saya rasa apa yang kita mahu dalam apa-apa bisnes pun kalau dia mahu berdaya maju dan insya-Allah panjang nilai itu.
“Pembukaan pusat estetik ini di sini juga selarilah dengan niat kita untuk menjadikan perniagaan di Kota Lama ni sebuah perniagaan yang membahagiakan orang yang berdaya saing kompetitif. Kita boleh tengoklah harganya pun kompetitif sebab ‘not everything that is good comes cheap’.
"Saya harap perniagaan ini yang menggabungkan satu pengkhususan kepakaran dan juga patuh syariah akan menjadikan satu-satunya perniagaan yang diberkati,” katanya.
Must-Watch Video