Viral
"Puan Nak Saya Buat Apa?" - Guru Terkesima Terima Mesej Wanita Mengadu Anak Tingkatan 1 Kasut Hilang Sebelah
Sebuah perkongsian yang dibuat seorang guru memaparkan seorang wanita dipercayai mengadu tentang kasut anaknya yang hilang sebelah mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Terima aduan
Menerusi perkongsian di akaun X nya, guru tersebut telah memuat naik perbualan mesej aduan yang diterima daripada ibu anak murid tersebut.
Menurut guru tersebut, dia seakan tidak menyangka akan menerima mesej seperti itu.
“Puan nak saya buat apa. Aduh takkan dia expect aku carikan pula? Anak puan dah 13 tahun, aku guru kelas dia pun tak,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
BERITA TRENDING: Jijik! Ibu Lacur Dua Anak Kandung Kepada Lelaki Warga Asing Dipenjara 75 Tahun
BERITA TRENDING: Kantoi Berkhalwat Dengan Seorang Model Berstatus Isteri Orang, Ifan Seventeen Bakal Berdepan Hukuman
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen dapat dilihat rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian yang telah dibuat guru tersebut.
Malah, apa yang lebih menarik perhatian warganet apabila murid tersebut merupakan pelajar beusia 13 tahun.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kalau terus baca screenshot Whatsapp ini, mesti ingat anak tu darjah 1, rupanya tingkatan 1.
"Tak perlu balas. Biarkan ia berlalu begitu sahaja. Dah tingkatan 1 bukan budak pra.
"Haha apa nak balas ni? Dah form 1 itu pun nak bagitahu cikgu.
BERITA TRENDING: “My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?
BERITA TRENDING: Malas Panjang Cerita, Jurujual Dikutuk Bekas Rakan Sekerja Terima Permohonan Maaf - "Saya Dah Resign, Kalau Jumpa Lagi Mesti ..."
"Takyah balas. Dah luar waktu kerja buat-buat taktahu sahaja. Itu bukan tanggungjawab cikgu. Biar mak bapa dia yang fikir," komen beberapa netizen.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 700 ribu tontonan di platform X.