Viral

Malas Panjang Cerita, Jurujual Dikutuk Bekas Rakan Sekerja Terima Permohonan Maaf - "Saya Dah Resign, Kalau Jumpa Lagi Mesti ..."

gempak
Umirah Halim
27/06/2024
09:40 MYT
Sponsor Banner
Malas Panjang Cerita, Jurujual Dikutuk Bekas Rakan Sekerja Terima Permohonan Maaf - "Saya Dah Resign, Kalau Jumpa Lagi Mesti ..."
Seorang lelaki tular gara-gara dikutuk oleh bekas rakan sekerja secara siaran langsung di aplikasi TikTok.

Sudah maafkan

Susulan itu, individu yang hanya mahu dikenali sebagai Rezza memaklumkan bahawa dia sudahpun memaafkan individu yang telah mengutuk dirinya.
Bagaimanapun, dia meluahkan rasa kesal kerana individu tersebut dikatakan membuat permohonan maaf secara tidak beradab.
"Semalam mungkin boss nasihat mereka, dia ada lah whataspp saya minta maaf saya maafkan, tapi dia cabar saya cakap nak viral kan viral lah.

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Dah Buat Solat Istikharah Sebelum Bernikah Dengan Aiman Tak Kisah Di Thailand - “Keputusan Bukan Terburu-Buru"

BERITA TRENDING: Siti Jamumall Nikah Di Thailand, Netizen Persoal Apa Kaitan Rugi Duit Dari Perkahwinan 'Tak Jadi'?

"Sebelum saya post itu saya baca chat dengan dia, ini bukan cara yang betul untuk minta maaf. Tapi cara dia minta maaf seperti tiada adab.
"Saya taktahu dia ikhlas atau tidak mungkin dia ikhlas cara dia begitu. Sebab dia minta maaf tu dia selitkan lagi cakap saya sombong.
"Saya tak faham saya sombong macam mana sebab kalau orang yang kenal saya memang akan cakap saya peramah.
"Saya dah minta maaf tapi, dia masih nak cakap saya sombong ini macam tak puas hati lagi.
"Saya tak mahu bawa hal ini ke pihak atasan, sebab kalau saya berhubung dengan mereka mesti bergaduh.

"Saya rasa mereka tak professional tak perlu lah kutuk saya di live, saya kebetulan nampak pula jadi ini memang keajaiban," katanya ketika dihubungi Gempak.

Bagaimanapun, Rezza yang merupakan bekas jurujual itu turut memaklumkan bahawa dia telah bertindak meletakkan jawatannya gara-gara tidak tahan dengan suasana bekerja yang sebegitu.
BERITA TRENDING: Tak Tinggal Sebumbung, Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak

BERITA TRENDING: Nora Danish Nafi Masalah Kewangan Jadi Punca Cerai - “Untuk Capai Tahap Keredaan & Datang Bersama Ke Mahkamah Bukanlah Mudah

"Mula-mula saya nak resign, tapi taktahu nak resign sebab apa. Jadi bila saya nampak live kena kutuk ni. Saya bagitahu lah dekat boss, saya nak last day sebab saya nak ke karier lain tapi dalam hati saya sebab benda itu.
"Saya tak mahu lah serang mereka, atau buat hal sebab itu dekat company orang," jelasnya lagi.
Sebelum ini, sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live