Hiburan
Puji Anna Jobling & Hisyam Hamid Pandai Bergaya, Che Ta Kata Nak Berfesyen Ikut Kesesuaian - “Badan Tak Cantik, Tapi Pakai Ketat-Ketat”
Pelakon Rozita Che Wan atau mesra disapa sebagai Che Ta memuji cara aktres Anna Jobling membawa dirinya dalam berfesyen.
BERITA BERKAITAN: Aina Abdul Raih Trofi Anugerah Bintang Paling Popular 36, Terima Lebih 8 Juta Undian
BERITA BERKAITAN: Kejayaan Di Indonesia, Pengerusi Finas Puji Anna Jobling
BERITA BERKAITAN:Anna Jobling Cemerlang Di Pasaran Filem Indonesia, Bukan Sebab Kroni Atau Individu Berpengaruh - "Saya Cari Sendiri"
BERITA BERKAITAN: Anna Jobling Terima Lagi Tiga Tawaran Di Indonesia Selepas Lembayung! - "Saya Tidak Sangka, Ini Peluang Besar"
Che Ta yang terkenal dengan penjagaannya dalam berpakaian menyifatkan pelakon kacukan itu begitu mewah dalam setiap gaya yang dibawakan.
"Kalau awak tanya BBNU punya fesyen, I love Anna Jobling. Sebab apa? Saya tengok dia ada stylist. Jadi, kalau awak ada stylist, awak takkan salah berfesyen… pada pandangan saya la.
"Tetapi awak kena tengok bentuk badan kerana bukan semua fesyen fit dengan kita sebab badan tak cantik tapi pakai ketat-ketat.
"Kita ni dalam bergaya kita kena pandai sembunyikan kelemahan kita. Kalau pinggang besar nak pakai tali pinggang memang tak sesuailah.
"Jadi dalam kita bergaya kita kena tengok sesuai tak dengan bentuk badan kita. Saya cakap semua ini benda asas dan sebagai artis," katanya.
Selain Anna Jobling, pelakon yang lantang dalam menyuarakan pandangannya itu juga menjadikan pelakon Hisyam Hamid antara artis lelaki yang pandai dan kemas bergaya apabila di karpet merah.
"Satu lagi I love Hisham Hamid… awak tengok dia, dahla handsome, kemas dan pandai bergaya.
"Dia simple sahaja... tapi dia ikut tema. Saya suka sangat tengok dia bawa diri dia di karpet merah. Itu baru betul," katanya.