Viral
Pukul & Curang Dengan Isteri, Lelaki Ini Teruk Dihencap Netizen
Curang dalam rumah tangga seolah-olah menjadi ‘trend’ dalam pasangan suami isteri pada masa kini.
Sering kali berlaku, segelintir pihak seakan-akan tidak mengambil iktibar terhadap keburukan perkara itu yang membawa kepada pelbagai kerosakan institusi kekeluargaan.
BERITA TRENDING: Ruhainies Buka Mulut Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz - “Ada Beberapa Kenyataan Yang Kurang Tepat”
Terbaharu, tular satu video di Platform X memaparkan individu didakwa sebagai seorang anggota tentera yang dikatakan terlibat dalam isu berkenaan.
Lebih teruk lagi, video berkenaan turut memaparkan anggota tersebut melakukan kekerasan fizikal terhadap isterinya.
“Dah pukul bini, ada scandal pula tu! Scandal pula tak sedar diri bangga kacau rumah tangga orang! Kau tunggu nasib kau!” tulis seorang pengguna di Platform X.
Tinjauan ke ruangan balas hantaran tersebut menunjukkan rata-rata netizen mencemuh perbuatan lelaki itu serta berharap agar tindakan keras dikenakan terhadapnya.
Sekadar info, tiada sebarang maklumat lanjut tentang perkara tersebut dan masih belum ada sebarang tindakan yang diambil terhadap anggota berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis entri itu meraih lebih daripada satu juta tontonan dan hampir 8,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X