Laman Utama

Punggung Fazreen Rafi Disengat Tebuan

Amri Hassan
04/10/2022
04:25 MYT
Sponsor Banner
Punggung Fazreen Rafi Disengat Tebuan
Pelakon Fazreen Rafi terpaksa menahan sakit hingga dikejarkan ke hospital apabila punggungnya disengat tebuan ketika masuk hutan berhampiran kawasan Setia Alam Community Trail baru-baru ini.
Berkongsi perkara tersebut di Instagram, kata Fazreen keadaan tempat yang disengat tebuan itu menyukarkan pergerakannya.
"Siapa sangka masuk hutan kena sengat dengan tebuan, banyak pula tu.. dah la attack area bontot, gatai tebuan-tebuan nie.
"Sekarang ni dah duk fikir macam mana nak tidur dan nak duduk mengenangkan bahagian tu membengkak dengan jayanya," tulisnya.
Fazreen turut memuat naik keadaan dirinya yang terlantar di katil hospital selepas menerima rawatan.
"Tak admit, masuk ubat saja kemudian balik," ringkas jawapan Fazreen kepada pelakon Azhan Rani yang sempat bertanya khabar keadaannya di ruangan komen.
Biarpun dirawat lebih tiga jam, Fazreen memberitahu kepada pengikutnya bisa tebuan masih dirasa.
"Boleh tahan sengat tebuan ni, dah tiga jam dan masuk pain killer masih berbisa," tambahnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar