Que Haidar, Linda Jasmine Sah Cerai Julai Lalu
Pelakon Que Haidar mengesahkan dia dan Linda Jasmine telah sah bercerai talak satu pada 2 Julai lalu.
Masih kekal hubungan baik
Tidak mendedahkan secara lanjut mengenai punca pencerainnya, Que Haidar atau nama penuhnya, Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar memaklumkan dia dan bekas isteri masih mengekalkan hubungan baik.
“Alhamdulillah itu yang Allah tentukan, saya minta semua doa yang baik-baik, kami masih berkawan baik untuk anak-anak.
“Tiada siapa yang mahu bercerai, tetapi itu yang terbaik,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Sementara itu, pelakon filem Rock Oo! itu turut memilih untuk merahsiakan berita penceraian itu kerana berpendapat tiada keperluan untuk menghebohkan perkara demikian.
“Isu rumah tangga sangat peribadi, perkara itu tidak patut dibanggakan, saya simpan sendiri sahaja. Saya rasa tiada keperluan untuk diuar-uarkan.
“Siapa sahaja yang mahu rumah tangga dia bercerai. Tetapi kami berpisah secara baik tiada perbalahan yang berlaku. Ia merupakan kata sepakat,” ujarnya lagi.
BERITA TRENDING: Alice Chang Dakwa Kini Hamil Anak Kepada Suami
BERITA TRENDING: Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang
BERITA TRENDING: Renungan Mata Fattah Amin Buat Una Tak Mampu
“Anak-anak juga terima dengan matang.
“Doa yang baik-baik. Kami (Que dan Linda) masih sokong sesama sendiri,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, Que Haidar dan Linda Jasmine mendirikan rumah tangga pada bulan Februari 2009 yang lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra.