Skip to main content

Budaya Popular

Dewi Bukan Warganegara Indonesia Seperti Yang Dinyatakan - “ Saya Orang Malaysia”

astrogempak_dewi-(1).png

Usahawan, Dewi menjelaskan bahawa dia adalah warganegara dan bukannya rakyat Indonesia seperti yang telah tular di media sosial

Menurut pemilik nama Emira Delyati Dewi, dia dilahirkan di Malaysia dan mempunyai kad pengenalan diri berwarna biru.

“Hi semua saya orang Malaysia, mempunyai kad pengenalan diri tetapi arwah ayah saya orang Indonesia, mak saya orang Malaysia dan saya dilahirkan disini.

“Saya belajar di UiTM, sekolah kerajaan, saya ada IC biru guys,” ujar Dewi kepada Gempak.


Dewi juga menyatakan sejak namanya terpalit dengan isu ini  hanya dia sahaja yang menjadi sasaran netizen dan bukan keluarganya.

Dengan apa yang terjadi kepada dirinya, Dewi tidak menyimpan sebarang dendam kepada netizen yang melemparkan pelbagai tomahan kepadanya.

Advertisement

 

Saksikan temu bual penuh di GMW: Motif Trending 

Must-Watch Video