Hiburan
Rahmat Mega Selesa Jadi Jurujual - "Mula-Mula Je Rasa Macam 'Tebal Kulit' Lama-Lama Okey"
Penyanyi Rahmat Mega mengakui tumpuannya kini lebih kepada menguruskan perniagaan jualan langsung berbanding kerjaya nyanyian.
Perasaan malu
Jelas Rahmat atau nama sebenarnya Rahmat Tohak, 54, terlibat sudah lebih 10 tahun sebagai jurujual kereta dan produk kesihatan, dia masih diundang membuat persembahan di majlis tertutup.
BERITA BERKAITAN : TERGAMAKNYA!!! Nadeera - Bukan Lagi Kita (Versi Akustik) | Gempak Jam Session
BERITA BERKAITAN : "Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup
BERITA BERKAITAN : Cokelat - Segitiga (Versi Akustik) | Gempak Jam Session
BERITA BERKAITAN : Bangmed Viral Di Sukan Olimpik! Rapat Dengan Atlet, Bidas Etika Kewartawanan | Motif Trending
"Saya tak nak tipu. Dulu semua orang tahu saya penyanyi dan bukan nak sombong, lagu-lagu yang dibawakan pun memang semua top. Jadi bila satu masa kita terpaksa bawa produk untuk jual pada orang dan yakinkan orang, itu menjadi masalah pada diri saya sendiri yang lama sangat hidup selesa.
"Kadang-kadang saya terpaksa pula berdepan dengan persoalan kenapa tak menyanyi? Dah tak da duit ke? Macam-macam lagi. Jadi itu semua cabaran bagi saya.
"Saya rasa waktu itu macam kulit saya ni banyak sangat lapisan, lapisan-lapisan itulah saya fikir macam mana nak cabut biar tak malu.
"Tapi Alhamdulillah kerana jadi jurujual ni juga saya dapat tingkatkan keyakinan, skill bercakap kita pun makin bagus. Itu semua cabaran yang saya kena tempuh.
"Sebenarnya saya tidak pernah tinggalkan dunia nyanyian kerana undangan sentiasa ada tetapi tidaklah seperti zaman muda-muda dahulu," katanya kepada Gempak.
Tak merajuk
Menyangkal dakwaan merajuk dari dunia seni, penyanyi yang popular dengan lagu Bayangan Gurauan itu punyai waktu yang terbatas dalam dunia nyanyian.
"Tidak. Bukan merajuk. Saya terpanggil untuk jual produk ni sebab bila fikir balik 'tak boleh jadi ni..aku kena ada kerja lain untuk pendapatan aku. Kalau tak mati aku'.
"Sebab kita sedarkan sekarang ramai artis-artis baru muda-muda. Jadi itu semua saya perlu fikirkan," katanya.