Raih CGPA 3.842, Anak Sulung Rita Rudaini Terima Anugerah Khas Pengetua - “Fly High Rayyan”
Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin berjaya menerima Anugerah Penghormatan Pengetua lagi sekali di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Sungai Besar hasil daripada keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Sekali lagi cemerlang
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Rita memuat naik gambar memaparkan sijil penghargaan yang diberikan pihak sekolah selepas anaknya itu meraih keputusan membanggakan iaitu ‘Cumulative Gred Point Average’ (CGPA) sebanyak 3.842.
“Alhamdulillah, Ryan dapat Anugerah Pengetua lagi.
“Terima kasih Ustazah Norfaiza wakilkan untuk Ryan, ‘fly high’ Ryan,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah buat Rita dan Rayyan atas kejayaan yang membanggakan itu.
“Hebat Anugerah Pengetua tu.
“Mak dan anak dua-dua hebat, tahniah!
“Hebat ibu lahirkan anak berkualiti, tahniah Rita,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Rayyan mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan rekod dalam acara 100 meter (m) dan 200m di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam pada Ogos lalu.
ARTIKEL BERKAITAN: 27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya”
ARTIKEL BERKAITAN: “Jaga Rumah Tangga Kau Sudah!” - Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita Rudaini
ARTIKEL BERKAITAN: Terima Anugerah Ibu Ikon Malaysia, Netizen Label Rita Rudaini Sebagai Inspirasi
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian