Hiburan
Raisa Pernah Kerja Kedai Runcit, Gaji Pertama Buat Beli Telur & Minyak Masak
Ramai peminat mengenal dan memuja Raisa sebagai seorang penyanyi.
Rupa-rupanya sebelum terkenal sebagai penyanyi, Raisa juga pernah mempunyai pengalaman bekerja di luar dunia glamor.
BERITA TRENDING: Rilis Tak Berharap Lagi, Raisa Lamar Merqeen Lepas Bertemu Di Jepun
Pelantun lagu Kali Kedua itu mendedahkan pernah bekerja di sebuah kedai runcit.
Menurut isteri Hamish Daud itu lagi, dia bekerja di kedai runcit sewaktu kanak-kanak dan bersekolah darjah empat.
“Saya ingat waktu itu masih duduk di bangku sekolah dasar (sekolah rendah), darjah empat.
“Saya sudah punya jiwa bisnes jadi bekerja di sebuah kedai runcit,” katanya seperti dilaporkan Viva.co.id.
Raisa kemudian menjelaskan pekerjaan yang dilakukan sepanjang bekerja di kedai runcit.
“Antaranya saya perlu timbang beras dan tepung untuk dijual dalam kuantiti yang ditetapkan seperti 1 kilogram sebungkus,” katanya.
Paling manis kata Raisa, gaji pertama diterima telah digunakan untuk membeli barang dapur di rumah.
“Saya beli telur dan minyak masak untuk keperluan rumah melalui gaji pertama. Baikkan saya?”katanya.
Dia bagaimanapun berhenti bekerja kerana berasa bosan melakukan hal sama.
“Biasalah kanak-kanak cepat bosan jadi saya berhenti,” akui Raisa yang akan muncul dengan dokumentari tentang dirinya, Harta Tahta Raisa pada 6 Jun ini.
PILIHAN PEMBACA: Raisa Nafi Sombong, Dedah Masalah Sebenar Yang Dihidapi Sejak Kecil
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.