,
Hiburan

Raja Ema Sudah Tak Perlu Tanam Benang Di Muka Untuk Tegangkan Kulit - "Dulu Buat Untuk ..."

Gempak
14/10/2024
02:55 MYT
Pelakon jelita, Raja Ema, mengakui sudah tidak lagi berminat untuk melakukan prosedur 'tanam benang' pada wajahnya untuk menegangkan kulit muka.

BERITA BERKAITAN : Isu Sindir Menyindir Dalam Industri Hiburan, Uyaina Tampil Titip Nasihat - “Fokus Lebih Kepada Perkembangan Diri”

BERITA BERKAITAN : 27 Tahun Bergelar Pelakon, Rita Rudaini Bersyukur Menang Anugerah Aktres Pembantu TV Popular - “Alhamdulillah, Sampai Sekarang Orang Kenal Saya

BERITA BERKAITAN : Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti

BERITA BERKAITAN : Hilang 20 Tahun, Tangan & Kepala Ditemui Beku Dalam Peti Sejuk

Jelasnya jujur, keputusan untuk melakukan prosedur itu dahulu semata-mata untuk kelihatan cantik dan mudah mendapatkan tawaran berlakon.

“Kalau penyanyi, mereka mudah kelihatan cantik di atas pentas. Tapi sebagai pelakon, agak sukar untuk sentiasa kelihatan menawan.

“Jadi, dulu saya buat semua itu untuk memudahkan mendapatkan tawaran kerja. Namun, itu semua kisah lama. Kini, benda seperti itu sudah ketinggalan zaman.
“Sekarang, saya sudah berusia 57 tahun. Waktu itu, saya dalam lingkungan 49 tahun dan masih aktif berlakon sepenuh masa. Saya perlu membuat persiapan agar sentiasa kelihatan cantik, sebab itu saya lakukan.
“Tapi sekarang, tak perlu lagi. Kalau pun saya dapat watak utama, pasti saya akan membawa watak ibu-ibu yang memang perlu menonjolkan kedutan. Jadi, tak ada keperluan untuk saya pakai semua itu lagi,” katanya kepada Gempak.
Dalam perkembangan lain, Raja Ema kini sedang sibuk mengusahakan perniagaan acar yang telah bermula sejak tahun 2020.
"Saya sekarang sudah berpindah di Melaka, mula berniaga acar sejak tahun 2020. Saya ni memang minat berniaga, sebelum itu pun saya sering berulang-alik ke Singapura.
"Masa umur 20 tahun dulu, saya ada restoran tapi disebabkan terlalu sibuk berlakon di Indonesia, saya terpaksa jual.

"Inilah masa untuk saya kembangkan semula minat saya. Tidak bermakna saya melupakan dunia seni," tambahnya.

Untuk rekod, pada tahun 2013, Raja Ema membuat kejutan dengan kemunculan semulanya dalam industri hiburan tempatan, mendedahkan bahawa dia telah menjalani rawatan “thread lift” untuk menegangkan kulit wajah.
Kemunculannya ketika itu mendapat pujian ramai kerana kecantikannya yang menyerlah.
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

gempak
15/11/2024
02:25 MYT
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
Berita

Cinta Tak Berbalas, Punca Dua Beranak Dibunuh

gempak
11/11/2024
18:55 MYT
Cinta tidak berbalas merupakan punca dua beranak dibunuh di hadapan sebuah lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Bandar Baru Farlim di sini pada Khamis lalu.
Terkini

GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

gempak
11/11/2024
12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui pada awalnya sukar membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menyertai GV11.
Hiburan

GV11:Inka Christie Tak Mahu Bergelek Jika Dapat Lagu Dangdut - "Semua Itu Sudah..."

gempak
11/11/2024
06:55 MYT
Penyanyi dan bintang Gegar Vaganza musim ke-11(GV11) dari Indonesia, Inka Christie tidak akan bergelek sakan sekiranya diberikan lagu irama dangdut dalam salah satu minggu pertandingan.
Hiburan

GV11: Suami Kurang Yakin Masih Boleh Menyanyi, Illa Sabry Terus Ambil Kelas Vokal - "Kita Jadi Isteri Pun..."

gempak
09/11/2024
03:55 MYT
"Awak boleh nyanyi lagi ke?" - Itulah reaksi yang diberikan oleh suami bintang GegarVaganza musim 11 (GV11), Illa Sabry sebaik sahaja mendapat tahu isterinya bakal berentap dalam program berkenaan.
Unitar