Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Rajin Buat Kerja, Syifa Melvin Jangka Bersalin Awal - “Perut Dah Jatuh…”

Asyikin Mayudin 21/09/2023 | 02:55 MYT

Hanya menghitung hari saja, pempengaruh media sosial iaitu Syifa Melvin memberitahu dia berkemungkinan akan melahirkan cahaya mata lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Menurut adik kepada aktres Syatilla Melvin ini, perutnya juga sudah kelihatan seperti di bawah selepas melakukan pelbagai aktiviti mengemas rumah.

“Syifa sekarang ini 36 minggu, perut dah jatuh… Syifa rasa, instinct Syifa akan bersalin awal. Awal tapi dalam masa orang kata duration yang sepatutnya dia keluar la, dia dah matang.

“Sebab Syifa sangat aktif, Syifa rasa macam tak pregnant. Syifa buat kerja, perut Syifa jatuh sehari selepas Syifa kemas bilik atas. Bilik itu untuk CL duduk nanti.

“Syifa lipat baju, pergi bilik anak lipat baju pula, lepas itu masak dan cuci toilet pula. Esoknya itu Syifa nampak perut dah jatuh,” kata isteri kepada pemain bola sepak terkenal iaitu Safawi Rasid.

Rata-rata netizen turut melahirkan rasa tidak sabar dan mendoakan agar Syifa melahirkan anak pertamanya dengan selamat serta proses dipermudahkan.

Untuk info, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya.

BACA SINI: Syifa Melvin Yang Umum Gender Reveal, Syatilla & Syida Pula Teruja Melompat Sampai Terjatuh! - "Wei Boleh Patah Pinggang!"

#Safawi Rasid #Syifa Melvin #Syifa bersalin #Syifa mengandung
;