Laman Utama
Syifa Melvin Yang Umum Gender Reveal, Syatilla & Syida Pula Teruja Melompat Sampai Terjatuh! - "Wei Boleh Patah Pinggang!"
Havoc! Acara pengumuman jantina bayi (baby gender reveal) pempengaruh Syifa Melvin kecoh apabila dua orang akaknya Syatilla Melvin serta Syida Melvin terlebih teruja apabila terlompat hingga terjatuh.
Semuanya gara-gara tekaan dua akaknya itu meleset selepas suami Syifa yang juga pemain bola sepak terkenal Safawi Rasid memecahkan belon dan menunjukkan warna biru di dalamnya menandakan bayi lelaki.
Rakaman video ketika acara serta insiden itu dimuat naik oleh Syida di akaun Instagram miliknya.
Advertisement
"Bengong punya Syatilla," tulisnya di kapsyen
Dalam video bekenaan, Syatilla dan Syida yang mengenakan baju warna merah jambu itu seperti kecewa kerana sangkaannya Syifa bakal timang bayi perempuan meleset sehingga kedua-duanya jatuh saat Syatila melompat ke Syida yang kelihatan tidak stabil.
Meskipun sudah terjatuh mereka berdua masih lagi ketawa keterujaan
Syifa yang melihat gelagat akak-akaknya itu hanya mampu tergelak sambil disaksikan tetamu yang hadir pada acara berkenaan.
Difahamkan juga Syifa dan suami turut mengadakan majlis doa selamat untuk kehamilan serta kelahiran anak sulungnya itu.
Hantaran itu juga mendapat perhatian pengikutnya yang rata-raya turut terhibur dengan gelagat mereka.
"Haha Syatilla dengan Syida kalau bergabung memang lingkup," kata seorang netizen
"Haha parah ni lucu," komen seorang pengikut laman sosialnya.
Dalam masa yang sama ramai juga yang bimbang dengan keadaan mereka berdua.
"Wei boleh patah pinggang. okey tak tu?," tanya seorang warga maya.
"Aku tak kisah yang mengandung...risau 2 orang baju pink tu..nyaris patah tu!," bimbang seorang netizen.
Sekadar info, Syifa dan suami yang merupakan pemain sayap JDT mendirikan rumah tangga pada 28 November 2022.
Pasangan berkenaan baru sahaja mengumumkan berita gembira itu secara rasmi selepas Safawi menjaringkan gol di perlawanan antara Malaysia dengan Kepulauan Solomon pada bulan lalu.
Must-Watch Video