Laman Utama
Rakan Baik Syada Bengang Niat Baik Disalah Erti - “Ada Netizen Nak Kaitkan Kes Cerai, Buka Tudung”
Pempengaruh media sosial, Elcah meluahkan rasa kesal apabila niat baiknya untuk mempertahankan Syada Amzah telah disalah erti.
Elcah yang juga merupakan sahabat baik kepada Syada menjelaskan dia tidak menyebelahi mana-mana pihak cuma mahu memperbetulkan tanggapan netizen terhadap adik kepada penyanyi Shila Amzah itu.
“Aku tak side sesiapa. Aku cakap dari apa yang aku tahu untuk betulkan otak netizen bersangka buruk. Maybe korang ada misunderstanding dan aku respect kakak sebab dialah vang bekerja keras selama ini.
“I know her sacrifices everything to everyone in the family happy and joy. Maybe now kakak need her own space.
“Cuma aku bengang netizen lebih lebih nak cakap Syada tak kerja tak mampu itu ini. Eh kau sendiri pun kadang dah kahwin dah kerja siang malam tak mampu duduk rumah sendiri, duduk dengan mak bapak juga.
“Aku tak salah kan sesiapa. Aku pun ada susah aku, setiap orang ada susah, setiap orang cuma tunjuk atau tidak je. But please la netizen jangan cakap sedap mulut je,” tulisnya di ruangan Insta Story miliknya.
Namun apa yang membuatkan Elcah berasa geram adalah kisah silam mengenai perkahwinannya juga tiba-tiba turut menjadi sasaran netizen.
“Lepas tu ada lah netizen bijak, baik budi pekerti ni nak kait kan kes cerai aku. Patutla cerai 8 hari.
Patutlah cerai 2 kali.
“Perangai tah apa-apa, pakai bukak tudung. Eh hello! Bengang pula aku, tak apalah kalau kau nak rasa sendiri apa aku rasa dan lalui.
“Baru kau sedar macam mana miserable hidup tu, aku doa supaya Allah bagi korang rasa sendiri apa yang aku rasa. Semoga korang bahagia,” luahnya.
BACA: Biadab! Shafiq Amzah Pernah Sindir Ubai – “Kau Ajar Sikit Bini, Kau Pun Mak Dah Meninggalkan?”
Terdahulu, Syada menerusi Instagram Story mendedahkan yang dia dan ibunya, Fauziah Sarman dihalau keluar daripada rumah banglo yang didiami seperti haiwan jalanan.
Tidak berapa lama kemudian, Shila membuat pengakuan yang rumah berkenaan merupakan miliknya dan dia mengambil keputusan untuk menjual rumah itu kerana beranggapan ia terlalu besar untuk keluarganya yang sudah makin mengecil.