Laman Utama

Ramai Penumpang ‘Tersekat’ Di Stesen Dato’ Keramat, Rupanya Ada Lelaki Terjatuh Di Landasan

Mya Amri
02/12/2023
00:41 MYT
Sponsor Banner
Ramai Penumpang ‘Tersekat’ Di Stesen Dato’ Keramat, Rupanya Ada Lelaki Terjatuh Di Landasan
Tanda tanya penumpang Sistem Aliran Ringan (LRT) yang ‘tersekat’ di Stesen Dato’ Keramat pada Jumaat akhirnya terjawab apabila seorang lelaki berusia 27 tahun maut dengan kedua belah kaki digilis tren selepas terjatuh ke atas landasan.
Memetik Bernama, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Mohd Fabell Md Yasin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren kebahagian belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.
“Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya.
Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan berkata, susulan kejadian itu, jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama. Menurutnya perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi.
“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian itu, dan atas kelewatan tren malam ini,” tulis kenyataan itu. BERNAMA
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar