Laman Utama

Ramai Pertikai Wujudnya Tandas Neutral, Pihak Pusat Konvensyen Tampil Jelaskan

Syafiqah Jalal
23/08/2023
12:35 MYT
Sponsor Banner
Ramai Pertikai Wujudnya Tandas Neutral, Pihak Pusat Konvensyen Tampil Jelaskan
Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, Singapura ketika ini telah menambah kemudahan tandasnya kepada tandas ketiga iaitu neutral jantina yang menjadi perdebatan netizen di laman sosial.
Papan tanda menunjuk ke arah tandas neutral itu berbunyi: “Bilik tandas ini boleh digunakan oleh mana-mana orang tanpa mengira identiti jantina atau ekspresi”
Tandas tersebut juga ditambah dengan pelekat stiker Orang Kelainan Upaya(OKU).
Berikutan itu, netizen meluahkan kekeliruan dalam komen mereka.
“Kenapa mereka tidak boleh memanggilnya tandas uniseks?”, tulis seorang netizen.
“Tandas OKU adalah neutral jantina,” tulis seorang netizen lagi.
Menjawab dakwaan orang ramai tentang isu itu, jurucakap Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapura mengesahkan tandas tersebut hanya diwujudkan sementara di aras 3 pusat konvensyen tersebut.
Tambahnya lagi, tandas itu diwujudkan sementara atas permintaan penganjur Wikimania 2023 untuk tempoh acara yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 19 Ogos lalu.
Sumber: The Malaysia Life
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar