Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Rasa Cepat Marah, Lesu & Tak Boleh Fokus" - Diana Danielle Berehat Panjang

Amri Hassan 28/09/2018 | 09:59 MYT
Selepas berehat seketika selepas Mei lalu, pelakon cantik Datin Diana Danielle bercuti rehat sekali lagi sebelum memulakan rangka promosi filem Gol & Gincu 2 tidak lama lagi.
Jelas Diana, 26, faktor keadaan badannya yang kini cepat lesu, sukar untuk fokus dan mudah marah menjadikan rehat terapi terbaik untuk dirinya.
"Sekarang saya sedang bercuti rehat, ini kali kedua dalam tahun ini sebab saya rasa apabila mempunyai dua orang anak, apabila balik rumah saya kurang rehat.
"Pergi kerja pun penat, jadi saya cepat rasa 'burn out'. Badan saya selalu rasa lesu dan tak boleh fokus.
"Kadang-kadang akan cepat rasa marah, kalau stress sikit saya terus rasa lemah semangat," katanya kepada Gempak.
Tambah Diana lagi, jadual kerjanya yang terlalu padat menjadi punca kepada situasi terbabit.
"Kerjaya seni yang semakin kompetitif dengan jadual yang tidak berhenti-henti pun salah satu punca.
"Sebab itu saya mengambil keputusan untuk berehat dua atau tiga bulan sebelum kembali bekerja semula," ujarnya.
Diana ditemui pada majlis sambutan ulangtahun ke-20 Habib Jewels di KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam acara itu, Diana sempat mengalungkan beberapa koleksi barangan kemas eksklusif termasuk koleksi baharu sempena ulangtahun ke-20 cawangan Habib Jewels di KLCC.
#pelakon #Diana Danielle #Pelakon #Habib Jewels
;