Hiburan
“Rasa Diri Ini Sangat Kecil” - Lepas 24 Tahun Baru Aedy Ashraf Dapat Trofi Pertama! Hormati Pekin Sebagai Senior
Pelakon, Aedy Ashraf tidak tidak menyangka akhirnya berjaya merangkul anugerah Aktor Filem Popular Anugerah Bintang Popular BH ke-36 (ABPBH36) yang berlangsung pada Jumaat.
Anugerah pertama selepas 24 tahun dalam dunia seni
Menurut Aedy, sepanjang 24 tahun berada dalam industri hiburan, itu merupakan anugerah pertamanya.
“Sebenarnya perasaan saya bercampur baur, saya tak pernah pegang anugerah selama 24 tahun dalam industri dan tiba-tiba dapat Pelakon Filem Popular.
“Saya gembira dan bersyukur kerana ada peminat yang menyokong dan mengundi saya. Barisan artis yang tercalon juga semuanya gempak seperti Pekin dan Bell Ngasri.
“Saya anggap ini adalah rezeki dan saya bersyukur sangat-sangat,” katanya.
Aedy berkata demikian ketika ditemui semasa sidang media malam kemuncak ABPBH36 di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor pada Jumaat.
Kagum & hormati Pekin Ibrahim
Dalam pada itu, Aedy juga berkata dia sangat mengangumi aktor Pekin Ibrahim dan berada sangat kerdil apabila dirinya diumumkan sebagai pemenang bagi kategori tersebut.
“Bagi saya Pekin adalah senior saya dan saya sukakan lakonan dia. Saya juga sangat respek dan menghormatinya.
“Tiba-tiba saya bertanding dengan dia dan menang, saya rasa sangat kecil. Rasanya diantara finalis yang lain, saya yang paling kecil, saya hanya mahu ucapkan tahnia pada dia.
“Sejujurnya saya tidak pernah meletakkan anugerah sebagai penanda aras sebab saya suka berkerja, suka berlakon dan saya nak berlakon seikhlas yang mungkin.
“Saya mahu berada dalam indistri ini selama mana yang mungkin. Jadi saya anggap penganugerahan ini sebagai sesuatu yang tidak ternilai,” ujarnya.
Selain Aedy, turut tercalon bagi kategori Pelakon Filem Popular adalah Bell Ngasri, Pekin Ibrahim, Kamal Adli dan Syafiq Kyle.
Aedy juga turut tercalon dalam Aktor TV Popular namun tumpas kepada Hun Haqeem.