Hiburan
"Rasa Takut Nak Tegur Orang..." - Arabella Rupanya Pemalu & Introvert, Syukur Mierul Aiman Banyak Membantu
Heroin drama Dari Mata Turun Ke Hati, Arabella Ellen akui dirinya merupakan seorang yang pemalu dan introvert.
Bagaimanapun kata Arabella, dia kini semakin banyak bercakap dan dunia lakonan banyak membantu dirinya keluar dari kepompong 'malu' yang dialami sebelum ini.
BERITA BERKAITAN : Uncle Roger Kecam Masakan James Oliver! | GMW Highlights
BERITA BERKAITAN : Kemelut Rumah Tangga Fattah-Fazura Buat Hati Abby Abadi Sebak, Harap Terus Pertahankan - "Kalau Rasa Kita Paling Tersakiti, Ada Yang..."
BERITA BERKAITAN : Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."
BERITA BERKAITAN : Aliff Aziz Nafi Tarik Semula Kes Terhadap Sarah Yasmine, Selesai Kemelut Dengan Cara ‘Final Court Order’
"Mula-mula dalam industri seni ini saya mengaku saya agak malu dan janggal tapi lama kelamaan, ramai kawan-kawan tegur saya sudah banyak cakap.
"Saya akui perubahan ini mungkin kerana saya sering menjalani penggambaran dan bertemu dengan ramai orang.
“Tapi saya rasa ini juga merupakan satu kebaikan untuk diri saya, supaya memudahkan saya bercakap dengan orang sekeliling yang saya tak pernah berjumpa.
"Sekarang ni masih ada rasa takut dan malu juga nak tegur orang. Tapi sikit-sikit sahaja,” ujarnya.
Mengulas menganai drama, Arabella mengakui gandingan dengan aktor Mierul Aiman turut mempunyai keserasian.
"Mierul memang banyak membantu dan saya pula susah mahu bercakap dengan orang.
"Tetapi apabila saya berlakon dengan dia saya rasa selesa dan kurang rasa malu,” katanya.
Dari Mata Turun Ke Hati’ merupakan adaptasi daripada manga popular “Love’s In Sight!” yang ditulis oleh Uoyama terbitan Kadokawa Corporation, dan ia mengisahkan Jai, seorang samseng yang jatuh cinta dengan Iris Sofea, seorang gadis yang tidak sempurna penglihatannya.
Walaupun mengharungi pelbagai cabaran disebabkan oleh kelemahan masing-masing, drama ini mempamerkan keindahan ketidaksempurnaan yang hanya dapat dirasai dengan kehadiran cinta dan kesetiaan ntara satu sama lain.
Dari Mata Turun Ke Hati ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2024 arahan Micheal Ang ini dibintangi pelakon muda Mierul Aiman dan Arabella Ellen.
Drama itu memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama,Astro Ria sejak 12 Ogos lalu menggantikan Dedaun Hijau Angin Lalu.
Ciri ‘Keterangan Audio’ yang diperkenalkan menerusi drama ini khas untuk mereka yang mempunyai penglihatan yang terhad.
Para penonton hanya perlu memilih keterangan audio dalam Bahasa Melayu dan tekan ‘Multiple’ di tetapan ‘Audio’ di TV atau menerusi On Demand.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama ini juga boleh distrim di sooka.