Rawatan IVF Tahun Lalu Gagal, Aprena Manrose Mahu Kembali Aktif Berlakon - “Bila Dah Buat Sekali, Saya Rasa Down Tapi…”
Tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose mendedahkan dia sudah menjalani rawatan persenyawaan in vitro (IVF) pada penghujung tahun lalu.
Sepupu kepada aktres cantik Uqasha dan Nelydia Senrose ini bagaimanapun berkata biarpun proses tersebut tidak berjaya namun ia tidak mematahkan semangatnya untuk mencuba lagi.
“Sebenarnya saya berehat lama dari dunia seni sebab saya ada jalani proses IVF pada hujung tahun lalu. Tapi belum ada rezeki untuk saya dan suami. Jadi, bila saya dah buat sekali, saya rasa down juga la.
“Tapi baru sekali, ada orang buat banyak kali pun masih belum ada rezeki. Bagi saya, tak apa la… sekali pernah buat, saya berehat kejap untuk kerja balik.
“Insya-Allah kalau ada rezeki lagi, saya akan buat semula,” kata Aprena kepada Gempak.
Aprena ditemui ketika majlis pelancara koleksi terbaharu jenama NADA, Summer To Remember di Hotel Majestic Kuala Lumpur baru-baru ini.
Untuk info, Aprena mendirikan rumah tangga dengan suaminya iaitu Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016.