Hiburan
Raysha Rizrose Tayang ‘Baby Bump’, Kini Hamil Cahaya Mata Pertama - “Kami, 11 Tahun Kemudian…”
Pelakon Raysha Rizrose berkongsi berita gembira mengenai dirinya kini sedang hamil cahaya mata pertama selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga.
Kongsi berita gembira
Berita gembira itu dikongsi oleh Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, menerusi Instagram miliknya pada Sabtu.
"Kami, 11 tahun kemudian," katanya.
Difahamkan, maksud 11 tahun itu merupakan usia perkenalan mereka sebelum mendirikan rumah tangga.
Menerusi video tersebut, adik kepada Uqasha Senrose itu bersama suaminya iaitu pelumba kereta Formula 2 (F2) Nabil Jeffri, 31, dilihat sedang berjalan berpegangan tangan di persisiran pantai.
ARTIKEL BERKAITAN: Raysha Rizrose Percaya Wanita Boleh Tinggi Diri Bila Ada Duit, Beri Pesan Buat Para Isteri
ARITKEL BERKAITAN: “Tentunya Dia Sangat Comel & Itu Membuatkan….” - Suami Senaraikan Keperibadian Raysha Rizrose Yang Memikat Hati
Apa yang menarik perhatian netizen di laman sosial, apabila pelakon berusia 28 tahun itu turut mempamerkan bahagian perutnya atau baby bump.
Rata-rata netizen terkejut dan sebak mendengar khabar gembira itu.
Bagaimanapun, Raysha tidak mendedah butiran lanjut mengenai kandungannya termasuk usia kandungan ketika ini.
Untuk rekod, Raysha dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan bertunang.