Laman Utama

Raysha Rizrose Percaya Wanita Boleh Tinggi Diri Bila Ada Duit, Beri Pesan Buat Para Isteri

gempak
Maliah Surip
23/09/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Raysha Rizrose Percaya Wanita Boleh Tinggi Diri Bila Ada Duit, Beri Pesan Buat Para Isteri
Pelakon cantik, Raysha Rizrose percaya berapa besar status kerjaya atau banyak manapun duit yang dimiliki wanita, seseorang terutama yang telah bergelar isteri tetap perlu menghormati suami.
Menurut Raysha yang menikah dengan pelumba kereta Formula 2, Nabil Jeffri pada Februari lalu seorang isteri perlu meletakkan diri di bawah suami agar perasaan ‘rasa lebih’ tidak muncul.
“Sejujurnya tidak dinafikan bila wanita berduit atau berstatus mungkin timbul ‘rasa lebih’ dan itu yang tidak best. Sebab itu dalam Islam tanggungjawab diberi kepada lelaki.
“Cuma sekarang dalam dunia moden memang ramai wanita bekerja dan mempunyai kerjaya yang baik. Jadi inilah ujiannya agar kena selalu letak status suami di atas dan penting letakkan diri kita (isteri) di bawah,“ kata Raysha.
Menurutnya apa yang diulas juga adalah sebuah pesanan untuk diri sendiri. Dia tidak mahu menjadi seorang isteri yang apabila ada duit dan kerjaya, akan terlupa untuk menhormati suami.
“Untuk saya pula, harap tidak ada perasaan macam tu (megah). Misalnya kalau ada duit lebih pun, saya tidak boleh ada rasa nak lebih kena.muhasabah diri semula,” ujarnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024