,
Laman Utama

"In Reality Ada Ker Anak Begini Kurang Ajar Tapi Maknya Sabar?" - Ramai Tak Boleh Terima Hakikat Ada Anak Derhaka Macam Esra Dalam I-Tanggang!

Amri Hassan
27/09/2021
09:34 MYT
Watak Esra dalam drama bersiri I-Tanggang terus menjadi bualan ramai. Malah, ada yang masih geram dan membuak benci dengan lakonan si anak biadab itu.
Sikap biadab Esra terserlah menerusi caranya berkomunikasi dengan ibu bapanya apabila diminta ke sekolah.
Bagi Esra, apa yang dipelajari di sekolah tidak dapat membantunya daripada segi akademik untuk bergelar YouTuber!
Menerusi tinjauan di ruangan komen media sosial Gempak sendiri, ada segelintir penonton tempatan yang sukar menerima hakikat bahawa realiti itu benar-benar wujud dan terjadi dalam masyarakat.
"In reality ada ke anak yang begini punya kurang ajar tapi maknya tetap sabar? I wonder....," tulis pemilik akaun @rose_lily1012.
Balas beberapa pengguna lain, memang benar watak seperti Esra wujud secara realiti dan disebabkan itu ia dipertontonkan semula dalam naskhah drama seperti I-Tanggang.
Dalam pada itu, ada juga yang tampil berkongsi realiti yang berlaku dalam keluarga sendiri mengenai sikap biadab sesama ahli keluarga.
"Memang ada pun. Sekarang ni depan mata hari-hari nampak. Saya pula yang sakit hati tengok perangai adik ipar perempuan macam tu, macam raja duduk dalam bilik saja, pastu bila lapar turun makan.
"Bila mentua tegur kenapa tak tolong, dia mulalah tengking," kongsi seorang pengguna.
Watak Esra lakonan Emma Sofea terus dibenci hingga ada penonton tak sanggup meneruskan tontonan drama ini.
BACA: “Kenapa Rasa Ringan Je Tangan Nak Lempang Si Esra Ni?” - Penonton Mula Naik Hantu Tengok Perangai Anak Biadab Dalam I-Tanggang
BACA: Apakah Punca Perangai Biadap Esra Dalam I-Tanggang? Pakar Psikiatri Ini Ada Jawapannya...
I-Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay, penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay pula merupakan seorang influencer (pempengaruh) media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya.
Konflik tercetus apabila Khay bertemu dengan dua rakan virtualnya, Royal-E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) lalu menubuhkan kumpulan sembang ‘I-Tanggang’.
Dilakonkan oleh Faizal Hussein, Sherie Merlis, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin, Sofia Jane dan Andy Teh drama I-Tanggang disiarkan setiap Isnin, bermula 13 September 2021 pukul 9 malam di Astro Citra.
Related Topics
Must-Watch Video
Viral

“Kerek, Hilang Rasa Hormat”- Netizen Menyampah Lihat Sikap Kakak Fasi Perangai Acah Senior

gempak
06/10/2024
09:25 MYT
Tular di media sosial X apabila seorang individu meluahkan rasa kurang puas hati terhadap fasilitator wanita ketika minggu orientasi sebuah universiti tempatan.
Hiburan

Intan Najuwa Shopping Baju Baby, Netizen Pula Yang ‘Bitter’ Kata Membazir Beli Banyak & Mahal - “Masa Single, Staf & Kawan Hamil Semua Saya…”

gempak
06/10/2024
07:55 MYT
Bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi, pelakon Datin Intan Najuwa dilihat sedang menikmati keseronokan membeli-belah barangan dan pakaian untuk bayi perempuannya.
Hollywood

Peminat Bimbang Lihat Penampilan Terkini Lily Allen: “Anda Okay?”

gempak
06/10/2024
05:54 MYT
Penampilan terkini penyanyi Lily Allen mendapat perhatian dalam kalangan peminat yang bimbang mengenai kesihatannya.
Terkini

Wanita Palestin Mengamuk Di WTKL Mohon Maaf, Tertekan Fikir Anak Di Gaza

gempak
06/10/2024
05:25 MYT
Seorang wanita Palestin yang terlibat dalam insiden kekecohan di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) tampil memohon maaf dan mengakui turut menyesal dengan tindakan dilakukan.
Viral

“Selagi Bukan Zina…” - Netizen Nasihat Cik Epal Untuk Perbaiki Hubungan Bersama Jofliam

gempak
06/10/2024
03:55 MYT
Pempengaruh terkenal, Cik Epal, telah memuat naik satu hantaran gambar di Instagram miliknya dengan kapsyen berbaur luahan hati.
BorakSeeni