Hiburan

Reda Jika Tiada Jodoh, Datuk Red Dedah Ada Lelaki ‘Kaya’ Cuba Dekati Adira Suhaimi - “Dia Tengah Tunggu Masa Sesuai Nak…”

Asyikin Mayudin
09/02/2025
05:25 MYT
Sponsor Banner
Reda Jika Tiada Jodoh, Datuk Red Dedah Ada Lelaki ‘Kaya’ Cuba Dekati Adira Suhaimi - “Dia Tengah Tunggu Masa Sesuai Nak…”
Usahawan Datuk Red mengakui dia reda sekiranya tiada jodoh untuk kembali bersama dengan bekas isterinya iaitu penyanyi Adira Suhaimi.

Bertemu jodoh lain

Malah, Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata dia tidak kisah jika Adira bertemu dengan lelaki yang lebih berkemampuan berbanding dirinya yang tidak mempunyai apa-apa.
Adnan turut mendedahkan dia menerima info mengenai seorang lelaki yang didakwa ‘individu kaya’ kini dalam proses cuba mendekati Adira dan hanya menunggu masa.

“Saya dapat laporan ada seorang individu lelaki tengah tunggu masa sesuai nak ‘masuk jarum’ pada Adira. Dia (individu itu) betul-betul minat pada Adira.

“Kalau tiada jodoh saya dengan Adira, tak mengapa. Lelaki itu berkemampuan. Saya pun tak boleh tahan, Adira itu manusia,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adira Suhaimi Kongsi Ciri-Ciri Suami Harapan, Tak Kisah Soal Sekufu – “Tak Semesti Dua-Dua Kaya, Yang Penting…”

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Rose Bukan Anak Saudara Adira - "Kami Cuma Sekampung"

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Tiada Komen Tentang Poster” - Percaya Ada Alasan Kukuh, Adira Hormati Keputusan Stacy Tarik Diri Dari Konsert A Night With Sumandak Stars

Bekas suami Adira itu berkongsi perkara tersebut ketika membuat siaran langsung (live) di TikTok baru-baru ini.
Sekadar info, pasangan ini pernah bernikah di di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Namun bercerai pada 24 April tahun lalu selepas lapan tahun hidup bersama.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024