Viral

Reen Rahim Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Bapa - “Niat Buat Cantik-Cantik, Nak Umi & Abah Duduk Situ”

Asyikin Mayudin
04/03/2024
09:55 MYT
Sponsor Banner
Reen Rahim Hadiahkan Rumah Untuk Ibu Bapa - “Niat Buat Cantik-Cantik, Nak Umi & Abah Duduk Situ”
Pelakon Reen Rahim memberitahu dia sememangnya sudah lama mengimpikan sebuah rumah yang cantik untuk didiaminya.
BERITA TRENDING: Reen Rahim Menjerit Terkejut, Tengah Live Tiba-Tiba Monyet Masuk Dapur - “Sumpah Tak Kelakar, Ingat Rumah…
Menerusi perkongsian di TikTok, Reen berkata dia menyimpan angan-angan untuk memiliki sebuah kediaman dan akhirnya impian itu tercapai.
“Bagi yang memang membesar atas duit mak bapa dah stabil mase die baru lahir, akan rase benda yang aku buat ni biasa saja. Tapi untuk aku yang membesar sederhana, tidak mewah, ini adalah hadiah dari Allah yang sangat-sangat berharga untuk aku dan keluarga.
“Adik-adik dekat luar sana, beranganlah. Sebab angan-angan itu bukan saja-saja Allah lintaskan dalam hati dan otak kita. Setiap angan-angan kita sebenarnya petunjuk daripada Allah untuk kita berdoa, meniti jalan dan berusaha untuk capai angan-angan itu.
“Jangan abaikan dream yang lalu-lalu kat kepala dan hati kita. Pegang dia bawa dia sampai kita sampai kat dia. Inilah angan-angan Reen,” kongsi Reen yang turut memuat naik video memperlihatkan rumahnya.
Bagaimanapun, menurut Reen, kediaman yang dihias dengan cantik itu diberikan sebagai hadiah kepada ibu bapanya.
“Dari kecil tengok rumah cantik-cantik dalam TV, majalah… teringin nak ada semua ni. Dah besar dah kerja, Reen siapkan tempat Reen cantik-cantik selesa, macam dalam majalah tu.
“Tapi pelik… dah ada semua tapi hati tak tenang. Reen doa tanya Allah kenapa aku tak tenang… apa yang aku terlepas pandang ya Allah. Satu hari Allah jadikan asbab rumah umi banjir, pokok tumbang.
“Rupa-rupanya itu signal yang Allah sampaikan… buat I sedar kebahagiaan itu bukan tentang diri sendiri, Bahagia akan datang bila kita bahagiakan orang yang kita sayang,” ujarnya.
Menurut Reen lagi, dia bersyukur kerana dapat membahagiakan ibu bapanya dengan memberikan sebuah kediaman untuk mereka menikmati hari tua bersama.
“My 1st landed house, Reen niat buat cantik-cantik, nak umi abah yg duduk situ, Reen nak rumah ni jadi tempat pulang kami adik-beradik. Reen nak rumah ni tempat umi abah relax menikmati hari tua mereka.
“Jangan persoalkan kenapa aku buat sehabis baik macam aku yang nak duduk sini. Padahal aku tetap duduk rumah lama aku. Ade quote yang Reen pegang ‘Layan ibu bapa mu seperti raja, Allah akan jaga segala urusan mu di dunia dan diakhirat’ dan Reen sangat yakin dengan itu.
“Alhamdulillah tenang yang luar biasa Allah hadiahkan pada Reen dan suami sekarang. Ya Allah aku mohon kau dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat, kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami,” katanya.
@reenrahimmy Bg yang mmg membesar atas duit,mak bapak dah stabil mase die baru lahir, Akan rase benda yg aku buat ni biasa je. Tapi utk aku yg membesar sederhana,tidak mewah, ini adalah hadiah dari Allah yg sgt2 berharga utk aku and family. Adik2 kat luar sana, Berangan lah… Sbb angan2 itu bukan saja2 Allah lintaskan dalam hati n otak kita.. setiap angan2 kite sebenarnya petunjuk dri Allah utk kita berdoa,meniti jalan dan berusaha utk capai angan2 tu.. Jgn abai kan dream yg lalu2 kat kepala n hati kite. Pegang die bawak die sampai kite sampai kat die.. İni lah angan2 reen.. Dri kecik tengok rumah cantik2 dalam tv dlm majalah … Teringin nk ade semua ni.. Dah besar dah keje, Reen siap kan tempat reen cantik2 selesa,, mcm dlm majalah tu.. tapi pelik.. Dah ade semua tp hati tak tenang… Reen doa Tanya Allah kenapa ak tak tenang… ape yg aku terlepas pandang ya Allah.. Satu hari Allah jadi kan Asbab rumah umi banjir,pokok tumbang .. Rupa nya itu signal yg Allah sampai kan..buat I Sedar ke bahagian itu bukan tentang diri sendiri, Bahagia akan datang bila kita bahagia kn org yg kita sayang.. My 1st landed house , reen niat buat cantik2 , nak umi abah yg düdük situ, reen nk rumah ni jadi tempat pulang kami adik beradik.reen nak rumah ni tempat umi abah relekx menikmati hari tua dorg.. Jangan persoal kan kenapa aku buat sehabis baik mcm aku yg nak düdük sini. Padahal ak ttp ddk rumah lama aku. Ade quote yg reen pegang ‘Layan ibu bapa mu seperti raja2,Allah akan jaga segala urusan mu di dunia dan diakhirat’dan reen sgt yakin dgn itu. Alhamdulillah tenang yg luar biasa Allah hadiah kn pada reen n suami now.. Ya Allah aku mohon kau dipermudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat,kau panjangkanlah umur kedua ibu bapa kami. Amin… Recommended ➡️@Interior Designer Malaysia @Idekora Malaysia @Ritz Reka @The Goods Home Interior ♬ Ibu - Haddad Alwi
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar