Viral
Remaja Bakar Kucing Diperintah Bon Kelakuan Baik Selama Setahun
Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang mengaku bersalah membakar seekor kucing di kawasan parkir sebuah pangsapuri Taman Sri Kenari di sini pada April lepas, diperintahkan bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini.
Terima Perintah Mahkamah
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz memutuskan demikian selepas meneliti laporan akhlak remaja itu yang dikemukakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).BERITA TRENDING:Bakar Kucing Hidup-Hidup, Polis Sedang Buru Suspek!
Mahkamah turut memerintahkan remaja itu menjalani bengkel interaktif dianjurkan JKM dan sekatan keluar rumah bermula 10 malam hingga 6 pagi selama setahun."Dia memohon maaf kepada mahkamah dan meminta untuk didaftarkan ke sekolah dan bakal memulakan sesi pembelajaran tahun depan...
Peguam Lee Teong Hooi yang mewakili tertuduh berkata semasa rayuan, anak guamnya yang menangis mengakui kesalahan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan itu.
"Dia memohon maaf kepada mahkamah dan meminta untuk didaftarkan ke sekolah dan bakal memulakan sesi pembelajaran tahun depan," katanya.
Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norfarhanim Abdul Halim.
Remaja itu bersama dua lagi yang masih bebas didakwa secara kejam menyebabkan kesakitan kepada seekor kucing dengan membakar haiwan itu pada 1.08 petang, 22 April lepas.