Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

Firdaus 16/08/2024 | 07:55 MYT

Pelakon, Riena Diana mendedahkan hubungan cintanya bersama aktor, Keith Foo, masih baharu dan belum terfikir untuk ke arah perkahwinan.

Dalam Proses Kenal

Riena atau nama sebenarnya, Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, setakat ini dirinya masih belum menetapkan tarikh perkahwinan lkerana tidak mahu terburu-buru mendirikan rumah tangga.

"Kami tak merancang lagi untuk berkahwin sebab baru sangat kenal dalam empat bulan. Sekarang memang dalam proses mengenali satu sama lain.

“Tarikh kahwin pun belum ada lagi, sebab itu saya takut nak cakap lebih-lebih. Kita tak tahu apa yang ada di hadapan.

"Setakat ini, keluarga kami berdua okey (berbeza agama) dan kami pula ambil masa dengan semuanya,” katanya.
Bercerita lebih lanjut, Riena mengakui berasa senang bersama Keith kerana boleh dijadikan rujukan dalam lakonan namun sukar untuk bertemu dek kerana kesibukan bekerja.
“Rasa macam mungkin kenal orang dalam industri lebih faham, dia pun berlakon dah lama dan banyak pengalaman. Senang kalau ada masalah tentang skrip atau lakonan, boleh rujuk dia.
“Kami pun selalu sibuk, berjumpa pun di set masing-masing sebab itu kami mahu kenal dahulu untuk cari rentak. Susah juga dengan orang industri sebab tiada masa,” ujarnya.
Dalam pada itu, Riena menepis dakwaan mengatakan hubungan bersama Keith hanyalah sekadar gimik bagi mempromosikan drama bersiri.
“Sebenarnya, kami kenal di set drama dan kebetulan saya tidak pernah berlakon dengan Keith sebelum ini.
“Dari situlah saya pertama kali berjumpa dengannya. Hubungan kami bukan sebab nak promosikan drama semata-mata.
"Doakan yang terbaik, sudah semestinya dalam perhubungan semua orang mahukan pengakhiran yang baik,” jelasnya.

BERITA TRENDING: Keith Foo & Riena Diana Akui Ada Hubungan Istimewa - "Doakan Yang Terbaik, Saya Jumpa Kebahagian Saya. "

​BERITA TRENDING: Bekas Kekasih Pernah Kena Sondol, Marah Riena Diana Tukar Jadi Reda - "Rupanya Saya Jaga Jodoh Orang"

​BERITA TRENDING: Riena Diana Anggap Isu Orang Ketiga Perkara Biasa - “Belum Kahwin Pun Dah Banyak…”

​BERITA TRENDING: “It Is Not Funny!” - Riena Diana Bengang Pengusaha Water Rafting Kongsi Video Mukanya Disepak Syazuwan Hassan

Jun lalu Riena mendedahkan hubungan cinta mereka terjalin sejak sama-sama menjayakan penggambaran drama bersiri.

Mengakui mempunyai banyak persamaan, status duda anak satu juga bukan penghalang.
Sekadar info, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.
Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun

#Kahwin #Cinta #Keith Foo #Selebriti #Riena Diana
;