Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Riena Diana, Keith Foo Tak Mahu Terburu-Buru Kahwin - “Masih Dalam Perbincangan, Kami Dah Bersedia Cuma…”

Mya Amri 02/09/2024 | 09:25 MYT
Pasangan selebriti, Riena Diana dan Keith Foo akui sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Masih dalam perancangan

Bagaimanapun kata Riena, mereka tidak tergesa-gesa untuk berkahwin dalam tempoh masa terdekat.

“Bukan dah tahu (tarikh), maksudnya kita dah ada perancangan tetapi tak tahu lagi bila. Tapi sudah tentu kita ambil langkah satu persatu.

“Kami tidak terburu-buru untuk ke alam perkahwinan. Kami percaya pada proses dan ketentuan. Lagi pun Keith akan ada drama panjang dan bakal menjalani penggambaran tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui Gempak.

Ada beberapa faktor perlu diambil kira

Tambah Riena lagi, masih ada beberapa faktor yang perlu diambil kira sebelum mereka bergelar suami isteri kelak.
“Keith memang sentiasa memberi sokongan pada kerjaya saya. Kami berdua sebenarnya sudah bersedia untuk apa sahaja.
“Cuma sekarang kami mahu memberikan fokus kepada benda-benda lain terlebih dahulu, benda yang saya rasa saya nak explore dan buat.

“Masih dalam perbincangan sebab ada juga beberapa perkara yang saya tidak bersetuju,” ujarnya.

Sementara itu, Keith ketika ditanya mengenai perkara itu hanya menjawab ringkas dengan meminta doa yang baik-baik buat mereka berdua.
“Doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya sambil tersenyum.

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Akui Ada Hubungan Dengan Keith Foo, Belum Tetap Tarikh Perkahwinan

ARTIKEL BERKAITAN:Keith Foo & Riena Diana Akui Ada Hubungan Istimewa - "Doakan Yang Terbaik, Saya Jumpa Kebahagian Saya. "

ARTIKEL BERKAITAN:Bekas Kekasih Pernah Kena Sondol, Marah Riena Diana Tukar Jadi Reda - "Rupanya Saya Jaga Jodoh Orang"

ARTIKEL BERKAITAN:Riena Diana Anggap Isu Orang Ketiga Perkara Biasa - “Belum Kahwin Pun Dah Banyak…”

ARTIKEL BERKAITAN:“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

Terdahulu, Riena mendedahkan hubungan cinta mereka terjalin sejak sama-sama menjayakan penggambaran drama bersiri Salju Rindu pada Jun lalu.
Keith sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai empat tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Skylar yang kini berusia tujuh tahun.
#Kahwin #Keith Foo #Riena Diana #Perbincangan
;