Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Risau Takut Tersungkur Masa Catwalk" - Nam Ron Muncul Jadi 'Model' Di KLFW, Steady-lah Tok Ayah!

Amri Hassan 09/11/2021 | 07:50 MYT
Pelakon prolifik Nam Ron menyahut cabaran catwalk di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) pada Ahad lalu.
Menjadi muse untuk jenama fesyen streetwear Neonate, Nam Ron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, 52, pada mulanya mengakui bimbang ditertawakan penonton.
"Saya rasa seronok sebenarnya. Mula-mula bimbang juga, risau orang gelakkan sebab ada 'model tua'. Waktu berjalan tu, takut juga kaki tersadung dan jatuh tersungkur.
"Bila berjalan di pentas utama, rasa nervous tu tapi bila dah selesa terus jadi yakin. Tapi apapun, ini pengalaman baharu saya dan saya enjoy," katanya kepada Gempak.
Nam Ron membuka pentas pertunjukan fesyen Neonate dengan memperagakan koleksi Noir yang mengadaptasi zaman kegelapan pandemik COVID-19 dan isu kesihatan mental.
Ditanya tentang keterbukaannya untuk bekerjasama dengan generasi muda dalam projek lain selepas ini, jawab Nam Ron dia sudi.
"Saya tak tua, tua tu hanya pada nombor dan saya juga meletakkan diri saya sebagai orang muda berjiwa muda.
"Saya sentiasa berkawan dengan orang-orang muda. Malah kawan-kawan saya sendiri kebanyakannya berusia sekitar 20-an hingga 30-an. Sebab itu jiwa saya muda sebab saya suka benda-benda yang orang muda buat.
"Saya perhatikan jiwa orang muda ini, mereka mempunyai jiwa yang panas. Nak buat macam-macam benda. Nak terokai pelbagai perkara.
“Jadi itu yang membezakan orang yang berumur dengan mereka (orang muda). Orang dah berumur, mereka dah selesa dengan apa yang ada dan tidak mahu terokai benda-benda baharu," jelasnya.

Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!

!Telegram Gempak***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran

#pelakon #Gaya Hidup #Fesyen #Nam Ron #Catwalk #Neonate #KLFW
;