Rita Rudaini Tegur Tindakan Suami Isteri Pempengaruh Kongsi ‘Pengalaman’ Ditahan Reman SPRM - “Jangan Jadikan Benda Itu Normal Kena Gari”
Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan pasangan suami isteri pempengaruh iaitu Alif Teega dan Aisyah Hijanah yang berkongsi mengenai pengalaman ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Bukan Satu Lakonan
Rita menerusi Instastory beranggapan berada dalam tahanan bukanlah sesuatu pengalaman yang perlu dikongsikan pada umum seperti mana ia satu lakonan.
“Macam mana ya nak cakap... jangan jadikan benda tu normal kena gari. Kalau sis dulu shooting kena gari dan kena masuk bilik akhir hukum gantung, sis boleh cakap ia adalah 'satu pengalaman' untuk sis rasa.
“Tak payahlah ulas… nanti ada yang tak boleh berpikir dan anggap benda kena gari‚ kena tangkap ni seronok nak cuba sebagai 'pengalaman’,” tulis Rita.
Guna Agama Tutup Kesalahan
Pada perkongsian yang lain pula, Rita juga mengulas mengenai tindakan seseorang yang menggunakan agama sebagai cara untuk menutup kesalahan yang sudah dilakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Dijaga Dengan Baik, Aisyah Hijanah & Aliff Teega Kongsi Pengalaman Ditahan Reman Bantu Siasatan SPRM -“Sebelum Ini Kita Ingat Hidup Kita Selesa…”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Tak Percaya Novel Aisyah Hijanah & Aliff Teega Terjual 15,000 Naskah - “Cringe! Lepas Tu Banyak Macam Lirik Lagu, Baik Lagi Baca Mastika”
ARTIKEL BERKAITAN: Aisyah Hijanah Nafi Dakwaan Seleweng Duit Derma Orang Awam, Bakal Ambil Tindakan - “Jika Saya Berdiam Pun Tetap Disalahkan”ARTIKEL BERKAITAN: Tempoh Reman Berakhir, Pasangan Suami Isteri Pempengaruh Dibebaskan & Perlu Bayar Wang Jaminan RM200,000
“Kadang-kadang nak cover malu dan nak cover salah… mulalah nak explain panjang-panjang. Contoh, yang tiba-tiba teringat nak buat doa selamat. Tiba-tiba teringat nak berbakti kat anak yatim.