Hiburan

Rita Sosilawati Bersyukur Pembunuh Ibu Ke Tali Gantung

Gempak
08/10/2024
12:25 MYT
Sponsor Banner
Rita Sosilawati Bersyukur Pembunuh Ibu Ke Tali Gantung
Usahawan kosmetik, Datin Rita Sosilawati melahirkan rasa syukur diatas keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap pesalah kes pembunuhan ibunya, Datuk Sosilawati Lawiya 14 tahun lalu.

Gantung sampai mati

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bekas peguam dan pekerja ladang yang didapati bersalah membunuh Sosilawati dan tiga pembantunya kekal dihukum gantung sampai mati.
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas menolak permohonan semakan hukuman mati bekas peguam N.Pathmanabhan, 54, dan pekerja ladang T. Thilaiyalagan, 32, untuk mengetepikan hukuman gantung itu.

“Allahuakhbar…Allahuakhbar…Allahuakhbar. Alhamdulillah. Baru dapat keputusan tadi hukuman mati dikekalkan,” katanya dalam satu hantaran.

Keadilan buat keluarga

Dalam pada itu, Rita turut menyifatkan keputusan tersebut sebagai keadilan buat keluarganya.

“Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah S.W.T. Keputusan ini adalah suatu keadilan kepada kami dan juga kepada keluarga mangsa-mangsa yang lain.

“Ini juga sebagai pengajaran kepada masyarakat bahawa segala perbuatan dan tindakan kita tidak boleh sama sekali melampaui kedaulatan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber: Kosmo Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar