Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Rizky Febian ‘Buat Hidung’ Kerana Kesihatan Di Korea Selatan, Bagaimana Dengan Mahalini?

Maliah Surip 09/07/2024 | 11:58 MYT
Kekecohan mengenai penampilan baharu pasangan selebriti Mahalini dan Rizky Febian akhirnya terjawab.
Kepada media Indonesia, bapa Rizky iaitu pelawak Sule mengaku anaknya memang melakukan perubahan pada hidungnya.

BERITA TRENDING: Selain Mahalini, Rizky Febian Juga Ikut Buat Pembedahan Hidung

Namun pembedahan yang dilakukan penyanyi lagu Hingga Tua Bersama itu atas alasan kesihatan.
“Memang benar, Iky (Rizky) melakukan pembedahan (hidung) di Korea Selatan.
“Ada alasan dia melakukan pembedahan hidung. Dia punya sinus (resdung) sejak kecil jadi perlu mengeluarkan cairan di dalam hidung.
“Jika tidak melakukan pembedahan dikeluarkan, akan menganggu kelancaran pernafasannya”, jelas Sule.
Sementara mengenai hidung Mahalini yang juga kelihatan mancung, penyanyi Mati-Matian itu belum memberi penjelasan.

BERITA TRENDING: Ini Pesanan Bapa Mahalini Untuk Rizky Febian - “Mahalini Daripada Keluarga Saya, Keluarga Besar Saya”

BERITA TRENDING: Mahalini, Rizki Febian Selamat Diijabkabul, Kini Bergelar Suami Isteri!

BERITA TRENDING: Sule Jual Semua Kereta Mewah Dari Mustang Hingga Porsche, Sekarang Pakai Innova

Namun pada Mac lalu, Mahalini memang sempat meluahkan masalah hidungnya yang cukup sensitif kepada seorang doktor.
Doktor tersebut mengatakan tulang hidung Mahalini kelihatan bengkok dan menyarankan agar dia melakukan pembedahan supaya tidak dijangkiti sinus yang lebih teruk.
Mahalini baru-baru ini mengejutkan peminat apabila tampil dalam satu festival dengan hidung yang lebih mancung sekaligus membuat ramai hampir tidak mengenalinya.
Tidak berseorangan, suaminya, Rizky Febian juga dilihat tampil dengan bentuk hidung yang berbeza. Bentuk hidungnya kelihatan lebih mancung berbanding sebelum ini.
#Viral #Kesihatan #Korea Selatan #Rizky Febian #Hidung #Mahalini
;