Nusantara

Rizky Febian Didakwa Murtad Gara-Gara Ikut Sambut Perayaan Nyepi

Maliah Surip
11/03/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Rizky Febian Didakwa Murtad Gara-Gara Ikut Sambut Perayaan Nyepi
Penyanyi Rizky Febian berdepan hal kurang menarik saat umat Islam menyambut Ramadan apabila dituduh sudah murtad.
Rizky ditohmah sudah meninggalkan agama Islam selepas video dirinya merayakan perayaan Nyepi bersama tunangnya, Mahalini di Bali dikongsikan penyanyi tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi potongan video dan foto yang dirakam, Rizky dilihat tersenyum sewaktu menyertai kumpulan penganut Hindu mengangkat patung atau dipanggil Ogoh Ogoh dalam satu upacara di Bali.
Perayaan Nyepi ialah perayaan Hindu yang diraikan pada setiap hari tahun baru di Bali dalam takwim Saka.
Tahun ini perayaan yang menyaksikan penganut Hindu berada dalam suasana sepi termasuk tidak boleh melakukan sebarang kegiatan jatuh pada 11 Mac 2024.
Mahalini bagaimanapun tidak boleh menerima dakwaan yang dilemparkan kepada tunangnya itu, lapor InsertLive.
Sebagai balasan, Mahalini menyifatkan semua kata negatif yang dilemparkan kepada anak pelawak Sule itu sebagai fitnah dan lebih kejam daripada melakukan pembunuhan.
Bagi Rizky pula dia memilih menutup ruangan komen selepas melihat perdebatan dalam kalangan netizen menjadi tidak terkawal.
Rizky dan Mahalini diketahui sebagai pasangan selebriti yang menuju alam perkahwinan dengan kedua-duanya masih berbeza agama. Rizky masih seorang Islam sementara Mahalini yang berasal dari Bali penganut Hindu.

BERITA TRENDING: Sule ‘Naik Angin’ Bila Ada Yang Tanya Bakal Menantu Akan Peluk Agama Islam Atau Tidak

BERITA TRENDING: Mahalini Masih Belum Peluk Islam, Sule Tak Mahu Paksa Rizky Febian Berpisah

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar