RM100 Seminggu Tak Cukup, Che Ta Naikkan Duit Elaun Mekap Aaisyah – “Kasihannya, RM100 Nak Beli Apa?”
Semua sedia maklum mengenai anak perempuan kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rania meminati solekan.
BERITA TRENDING : Anak Che Ta Minta Produk ‘Skincare’ Sebagai Hadiah Hari Lahir - “Banyak Lagi Mummy Tak Beli…”
Menerusi perkongsian di TikTok, Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta memberitahu dia menaikkan elaun alat solek anak perempuannya sebanyak RM250 untuk setiap minggu.
Menurut Che Ta, sebelum ini dia hanya memperuntukkan sebanyak RM100 untuk barangan solekan Aaisyah setiap minggu.
“Kasihannya, RM100 nak beli apa? Celak besar biji kurma pun dah RM55. Okey mommy naikkan dari RM100 kepada RM250 seminggu untuk Aaisyah.
“Dapat apa RM100? Dah pusing setengah jam tak dapat apa. Jom mommy tambah lagi RM150 jadi RM250,” katanya.
Pada perkongsian yang sama, Che Ta menyatakan jumlah keseluruhan alat solek yang diberi Aaisyah tidak mencecah RM200 malah mempunyai baki lebih kurang RM80x
“Aaisyah ada bagi lebih kurang RM80. Bawa ke minggu depan ya? Thank you mommy. I love you,” katanya.
undefined