Laman Utama

Rocketfuel Entertainment Perkenal ‘Indie Space Station’ Untuk Semua Artis Indie Di Seluruh Negara

Fiza Kamarudin
05/10/2021
11:12 MYT
Sponsor Banner
Rocketfuel Entertainment Perkenal ‘Indie Space Station’ Untuk Semua Artis Indie Di Seluruh Negara
Rocketfuel Entertainment memperkenalkan ‘Rocketfuel Indie Space Station’ yang akan memberi fokus khusus kepada label dan artis indie di seluruh negara.
Rocketfuel Indie Space Station akan bertindak sebagai pihak pengurusan yang dilantik oleh label atau artis indie di bawah label muzik Rocketfuel Records bersama Rocketfuel Talent, Rocketfuel Multi-channel Network dan Rocketfuel Live.
Ketua Rocketfuel Entertainment, Feros Sayna berkata ‘Rocketfuel Indie Space Station’ mempelawa mana-mana label dan artis indie yang memerlukan khidmat dari segi pelancaran lagu di platform digital, TV dan radio.
Kata Feros lagi, ‘Rocketfuel Indie Space Station’ juga menawarkan khidmat penerbitan dan perlesenan.
“Pelbagai kejayaan yang membanggakan telah kami raih sekaligus meletakkan jenama Rocketfuel Entertainment setaraf dengan label-label unggul di Malaysia dan sekitar rantau Asia Tenggara,” katanya.
Tambah Feros, tawaran turut dibuka kepada semua artis indie, termasuk yang pernah mengeluarkan single atau album.
‘Rocketfuel Indie Space Station’ dibuka kepada semua. Tidak kira artis anda artis yang menyanyikan lagu Melayu, Inggeris, India atau Cina kedatangan anda dialu-alukan.
“Di sini kita adalah satu keluarga dan akan saling membantu untuk menyerlahkan bakat dimiliki anda agar lebih dikenali di arus perdana,” katanya ketika majlis sidang media secara virtual baru-baru ini.
Pada sidang media tersebut juga, turut diperkenalkan Ketua Label dan Penerbitan Rocketfuel Entertainment, Jipie.
Jipie yang juga vokalis kumpulan Pesawat bertanggungjawab mengendalikan Rocketfuel Indie Space Station.
“Saya berasakan pemilihan Jipie adalah sangat tepat kerana beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang selok-belok industri muzik di Malaysia.
“Semoga pelantikan beliau sebagai Ketua Label dan Penerbitan yang baharu dapat melonjakkan lagi jenama Rocketfuel Entertainment ke peringkat yang lebih tinggi,” kata Feros.
Sementara itu Jipie berkata, dia mempunyai perancangan masa hadapan untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment.
“Saya amat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Encik Feros kepada saya untuk menggalas tanggungjawab yang besar ini.
“Perancangan masa hadapan saya adalah untuk menaikkan nama Rocketfuel Entertainment sebagai salah satu agensi bakat yang berpengaruh dan disegani di Malaysia dan rantau ini,” katanya.
Maklumat lanjut layari www.rocketfuelent.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar