Hiburan
Rose Blackpink Kata Kahwin Bukan Lambang Bahagia
Rose Blackpink menerusi satu temubual mengaku perkahwinan bukan lambang atau ukuran kehidupan yang bahagia.
BERITA TRENDING: Lisa Blackpink Dedah Cemas Pertama Kali Tampil Solo
Kenyataan tersebut diberikan sewaktu penyanyi tersebut menjadi jemputan podcast Therapuss with Jake Shane.
Menurut rakan duet Bruno Mars menerusi lagu APT itu, wanita tidak perlu bimbang untuk menjalani kehidupan tanpa pasangan selepas membaca soalan daripada peminat.
“Soalan saya adakah berkahwin dan memiliki rumah lambang kebahagiaan,” tanya soalan tersebut seperti dilaporkan Koreaboo.
Rose kemudian melahirkan pandangannya dengan mengatakan: “Ada individu yang menjalani pengalaman buruk sewaktu bercinta dan saya gembira kerana menjadi wanita solo.”
Jawapan Rose sekaligus mengesahkan status dirinya yang tidak mempunyai kekasih.
Terdahulu menerusi temu bual bersama majalah Paper, Rose mendedahkan pernah terjebak dalam hubungan toksik sewaktu berusia awal 20 tahun.
“Saya rasa bersyukur kerana telah melalui beberapa hubungan macam gadis normal pada awal usia 20-an,” katanya.
Pada Julai 2024, Rose digosipkan menjalin hubungan dengan aktor Cha Eun Woo.