Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Jelas wakil agensi itu, mereka sudah lama berkawan baik dan perjumpaan mereka di Los Angeles, Amerika Syarikat itu hanyalah untuk makan bersama.
Tular di media sosial apabila salah seorang ahli kumpulan BlackPink, Jennie, dilihat keluar dari sebuah restoran Jepun terkenal di Los Angeles bersama BamBam.
Kekecohan tersebut telah menimbulkan pelbagai spekulasi mengenai hubungan mereka, sehingga ada yang mendakwa bahawa mereka sedang bercinta.
Terdahulu, pada 17 September, Jennie dan BamBam dilihat keluar makan bersama-sama di sebuah restoran Jepun yang terkenal di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Sumber: AllKpop