Viral
Rugi RM58 Juta, Barang Kemas Pempengaruh Terkenal Dikebas Pencuri
Pempengaruh media sosial terkenal bertaraf jutawan mengalami kerugian sebanyak £10.4 juta (RM58 juta) apabila menjadi mangsa rompakan berprofil tinggi melibatkan pelbagai jenis barangan kemas.
Mangsa yang dikenali sebagai Shafira Huang merupakan seorang pengumpul hasil seni terkenal dan duta kebudayaan Galeri Halcyon di Bond Street,London.
Antara barangan yang dicuri ialah beg tangan kulit buaya Hermes bernilai £150,000 (RM840,000) dan wang tunai sebanyak £15,000 (RM84,000).
Suspek dipercayai melakukan rompakan secara bersendirian dengan memecah masuk rumah keluarga Shafira di Primrose Hill, London Utara di antara pukul 5 petang hingga 5.30 petang (waktu tempatan) pada 7 Disember lalu.
Pihak polis sedang menyiasat sama ada rompakan ini dirancang berdasarkan maklumat dalaman atau sekadar jenayah spontan.
Polis juga kini sedang menyemak rakaman CCTV di kawasan sekitar dan menyusun senarai semua pengunjung ke rumah berkenaan.
Detektif Konstabel Paulo Roberts berkata suspek telah mencuri barangan yang mempunyai bentuk yang unik bernilai RM58 juta yang sangat mudah untuk dikenali.
“Suspek mencuri barang kemas bernilai £10.4 juta, kebanyakannya mempunyai nilai sentimental dan unik bentuknya. Justeru, ia mudah dikenali.” katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai yang berada di kawasan Avenue Road pada waktu kejadian untuk memberikan maklumat jika melihat sebarang aktiviti mencurigakan atau jika seseorang cuba menjual barangan tersebut.
Shafira Huang dan keluarganya menawarkan dua ganjaran lumayan kepada mana-mana individu yang berjaya membantu menyelesaikan kes ini.
Pertama, mereka menawarkan £500,000 (RM2.8 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan dan sabitan suspek.
Kedua, mereka juga menawarkan ganjaran 10% daripada nilai barangan yang dicuri jika berjaya ditemui semula, yang dianggarkan bernilai lebih £1 juta (RM5.6 juta).
Must-Watch Video