Hiburan

Tiada Niat Mengaibkan, Azrul Hanya Kongsi Pengalaman Kerja Dengan Along Cham - “Dia Suruh Relax & Kata Aku Tak Profesional”

Asyikin Mayudin
03/01/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Tiada Niat Mengaibkan, Azrul Hanya Kongsi Pengalaman Kerja Dengan Along Cham - “Dia Suruh Relax & Kata Aku Tak Profesional”
Pelakon Azrul Cham mengimbau kembali momen dia pernah berasa berang dengan sikap pelawak Along Cham yang didakwa tidak profesional ketika mereka ingin menjalani uji bakat bersama.

Tak buat latihan

Menurut Azrul, dia berasa bengang dengan tindakan Along tidak datang ke tempat mereka sepatutnya berjumpa untuk melakukan latihan sebelum ke uji bakat.
Hanya ingin berkongsi pengalaman, kemarahan Azrul bertambah apabila Along datang ke lokasi uji bakat tanpa rasa serba salah.
“Aku tak kenal kau, aku kenal kau masa uji bakat, aku cuma kenal kau Along, aku tak kenal nama betul kau. Aku tak tahu umur berapa, aku tak tahu apa benda fasal dia tahu.

“Aku memang bad mood dah, aku memang ikut aku blah dah tapi sebab aku masih lagi hormat kita punya uji bakat itu, dapat pergi ‘Ali Bawal’. Ini bukan nak mengaib kau tak, ini aku cerita pengalaman.

“Kalau dia nak marah, dia marah la. Sebab benda betul, masa itu yang jaga kita orang Mia dan Jaja. Dia buat kelam kabut dia, Semua orang lain dah duk practice, dia duk ajar orang.
“Dengan aku partner ni tak practice lagi. Aku panggil dia terus ‘apahal’, bukan nak minta maaf. Aku dah piss off tau,” kongsi Azrul ketika jadi tetamu di Podcast ‘Cerita Malam Jumaat’.

Hampir tarik diri

Azrul turut mendedahkan dia hampir menarik diri daripada uji bakat tersebut namun dipujuk oleh Angah.
“Aku cakap la kita tak practice lagi, dia kata tak apa relax saja semua idea dalam kepala otak dia. Habis kau ingat aku ini apa, nak ambil otak kau aku mamah dekat sini ke.

“Dia suruh relax, dia kata aku tak profesional. Aku terus chaw masuk kereta, aku call Angah. Angah cakap nak call Along. Angah dah tahu aku buat kerja macam mana… siapa aku, background aku.

“Lepas itu Mia datang tanya nak ke mana. Aku cakap nak blah tapi Mia cakap kalau aku blah, Along tak boleh masuk. Aku bagi dia masa lima minit kalau tak datang minta maaf aku blah.
“Angah call aku cakap dia dah sound Along. Kemudian dia (Along) datang dengan Mia, minta maaf,” ujarnya.
@ceritamalamjumaat Along Kata Azrul Tak Professional @azrul_rajalawak Jom saksikan podcast penuh di Youtube Channel Cerita Malam Jumaat Episod 6 Part 1 #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #xoxo #ceritaapa #podcast #malamjumaat #apacerita #rajalawak #maharajalawakmega #cham ♬ original sound - Cerita Malam Jumaat
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024