Hollywood

Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Gwen Stefani: “Anda Boleh Cakap Apa Saja…”

Maliah Surip
11/04/2024
13:45 MYT
Sponsor Banner
Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Gwen Stefani: “Anda Boleh Cakap Apa Saja…”
Rumah tangga Gwen Stefani dengan Blake Shelton baru didirikan pada 2021. Namun baru memasuki 2024, pasangan selebriti tersebut didakwa sudah tidak lagi bahagia.
Malah ada gosip yang mengatakan Stefani dan Shelton bakal bercerai.

BERITA TRENDING: [VIDEO]“Berhentilah Lakukan Pembedahan Plastik”- Ramai Hampir Tak Kenal Dengan Wajah Terbaharu Gwen Stefani

Menerusi temu bual bersama Nylon, selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.

PILIHAN PEMBACA: Lambang Cinta, Blake Shelton Kahwini Gwen Stefani Dalam Gereja Khas

“Apabila anda dilamun cinta dan menghargai nilai antara satu sama lain, tidak ada yang boleh melangkaui kami,” kata Stefani seperti dilaporkan People.
Stefani kemudian menambah: “Anda boleh cakap apa sahaja yang anda mahu mengenai hubungan kami.
“Maksud saya, minggu lalu kami mahu bercerai atau sebagainya.
“Itu semua penipu. Hal sebenar hanya kami yang mengetahuinya.”
Vokalis No Doubt tersebut mula menjalin hubungan dengan Blake sewaktu menyertai The Voice pada tahun 2015.
Pada waktu itu, Stefani masih berkahwin dengan Gavin Rossdale dan Blake merupakan suami kepada penyanyi Country, Miranda Lambert.

PILIHAN PEMBACA: Gwen Stefani Dedah Dirinya dan Tiga Anak Alami Masalah Dyslexia: "Ini Semua Genetik"

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar