Laman Utama
Rumah Tangga Individu Ke 4 Terkaya Di Dunia, Bill Gates Musnah Selepas 27 Tahun
Selepas 27 tahun mendirikan rumah tangga, pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates mengumumkan penceraian dengan isterinya, Melinda.
Perkara itu diumum menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di akaun Twitter rasmi Gates beberapa jam lalu.
"Selepas banyak perkara dan usaha yang dilakukan, kami membuat keputusan untuk menamatkan rumah tangga kami.
"Selama 27 tahun, kami telah membesarkan tiga anak dan membina yayasan yang menggalakkan orang di seluruh dunia hidup sihat dan produktif," tulis kenyataan itu.
Difahamkan, mereka akan meneruskan kerjasama dalam Yayasan Bill dan Melinda Gates bagi membantu golongan yang memerlukan meskipun tidak lagi berkongsi hidup bersama.
"Kami akan terus berkongsi kepercayaan dalam misi dan kerjasama dalam yayasan tersebut, tetapi kami tak boleh hidup sebagai pasangan lagi dalam fasa kehidupan yang seterusnya," tulis kenyataan itu lagi.
— Bill Gates (@BillGates) May 3, 2021Sekadar info, Bill dan Melinda bertemu sekitar akhir 1980an ketika masing-masing bekerja di Microsoft.
Mereka berkahwin pada 1994 dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Menurut Forbes, Bill Gates merupakan lelaki keempat terkaya di dunia dengan jumlah pendapatan sekitar 130 bilion USD (melebihi RM500 bilion).
Kredit Foto: NBC News
Must-Watch Video