Laman Utama

Ruzana Ibrahim Selamat Bersalin Baby Girl, Bestfriend Puji: “Sure Or Not Baru Lepas Deliver Ni, Cantik Betul”

Mya Amri
31/10/2022
07:26 MYT
Sponsor Banner
Ruzana Ibrahim Selamat Bersalin Baby Girl, Bestfriend Puji: “Sure Or Not Baru Lepas Deliver Ni, Cantik Betul”
Pelakon, Ruzana Ibrahim selamat menimang cahaya mata pertama selepas empat tahun mendirikan rumah tangga.
Lebih istimewa lagi, berita gembira itu dikongsi oleh sahabat baiknya yang juga merupakan bekas penyampai radio ERA, Ira Mohd Amin menerusi hantaran di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Ira memaklumkan Ruzana dikurniakan seorang bayi perempuan yang sangat comel.
“Sure or not baru lepas deliver baby ni? Cantik betul. Alhamdulillah baby girl is so perfect! Cikya sayang sangat dia.
“Puas dapat jumpa, siap servis kemas bilik untuk baby. Congratulation my bestfriend Ruzana and @fadhilhui,” kongsinya.
Hantaran itu turut disertakan fotonya bersama Ruzana yang sedang tersenyum manis.
Bagaimanapun buat masa ini Ruzana belum memperkenalkan anak perempuannya kepada umum.
Terdahulu, Ruzana dan pasangannya, M. Fadhil Zakaria mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2018.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar