Berita
“Saiz Nasib La…”- Sharifah Shahira Beli Baju Dalam Untuk Mangsa Banjir
Sejak awal minggu ini pelbagai pihak telah menghantarkan bantuan termasuk makanan dan pakaian untuk mangsir banjir di beberapa tempat di Malaysia seperti Johor, Pahang dan Kelantan.
Turut prihatin dengan nasib mangsa banjir, pelakon dan pengacara Sharifah Shahirah atau Sheira tampil menghulurkan bantuan seperti memberi bantuan air bersih serta minuman dan pakaian terpakai hasil kutipan dana serta sumbangan orang ramai.
Terkini, Sheira mendedahkan barang yang turut menjadi keperluan pakaian tetapi jarang terfikir oleh orang ramai iaitu seluar dan baju dalam.
Menurut Sheira barang itu bukan untuk dijadikan bahan jenaka tetapi realitinya amat diperlukan oleh mangsa banjir.
“Ni cakap terus-terang ya, seluar dan baju dalam baru saya kena beli kerana sangat diperlukan.
“Aku nak pergi beli. Saiz nasib la, main beli je ni. Ke banyak XL ke atas?
“Saya faham sangat. Benda dah terdesak nak pakai. Saya sumbang lain dari yang lain sebab itu pun penting.
“Nak gelak, gelak lah, tapi ni sangat penting,” katanya.
Sheira berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Sejak beberapa hari lalu, Sheira dilihat telah mengumpul sedikit demi sedkit sumbangan barangan serta pakaian yang diberikan oleh orang ramai untuk dihantar ke mangsa banjir.
Sebelum ini, Sheira turut berdepan pengalaman terkandas akibat banjir di Raub, Pahang bagaimana pun dia berada dalam keadaan selama
Kejadian yang tidak disangka itu berlaku ketika dia bersama beberapa ahli keluarganya sedang bercuti di tanah persendirian miliknya di Ulu Dong, Raub, Pahang.