Hiburan
Saling Beringat Tentang Kesihatan, Jep Titip Pesanan Buat Angah Raja Lawak - “Aku Harap Ini Satu ‘Wake Up Call’ Untuk…
Keputusan pelawak Angah Raja Lawak berhenti menjadi penyampai radio SINAR membuatkan rakan-rakan sepasukannya tidak dapat menahan rasa sebak.
Saling Mengingati
Sebagai rakan yang sudah lama bersama, Jep berkongsi momen-momen bekerjasama dengan Angah dan antaranya mereka sentiasa saling mengingati tentang kesihatan.
“Angah, kau tahu aku sayang kau… itu benda yang kau tahu, aku tak payah cakap. Zaman aku tak ada apa-apa, kau panggil aku datang rumah duduk dengan kau.
“Kita duduk lebih kurang beberapa tahun bersama dah, luar dalam kita tahu. Sampai la kita direzekikan bekerja di sini (SINAR), sampailah kita ada sepasang anak yang lebih kurang umur.
ARTIKEL BERKAITAN: Roy Azman Sebak, Angah Raja Lawak Ambil Keputusan Berhenti Jadi Penyampai Radio SINAR - “Saya Perlukan Kerja, Saya Memang Nak…”
ARTIKEL BERKAITAN: Viral Kenangan Cikgu Anep Tengok Sepahtu Reunion Dengan Arwah Bapa, Jep & Rahim Tersentuh
“Selalu kita cakap sempat ke nak tengok anak-anak kita besar. ‘Jaga kesihatan Jep anak kecil lagi’, aku pun cakap benda sama pada kau,” kongsi Jep menerusi siaran langsung di TikTok pada pagi Rabu.
Titip Pesanan
Pada perkongsian yang sama, Jep turut menitip pesanan kepada Angah agar sentiasa menjaga kesihatan biarpun pada awalnya perkara itu dilihat remeh.
“Hari ini, benda yang kita selalu cakap berlaku. Aku harap ini satu ‘wake up call’ untuk kau jaga kesihatan. Mungkin sebelum ini remeh kan, walaupun sebelum ini banyak kali kau cakap ‘ha kita dah kena start diet ini Jep’.
“Lusa aku tengok dua ketul ayam dalam pinggan kan. Kita sama saja, kang kalau aku pula diet, kau pula ejek aku ‘ye ye je diet’. Itu momen-momen yang aku akan kenang,” katanya.
Anggap Seperti Abang
Dalam pada itu, anggota kumpulan Sepahtu ini juga turut sudah menganggap Angah seperti abang kandungnya sendiri memandangkan mereka pernah tinggal di rumah bersama pada zaman bujang.
“Nak kira fasal keakbaran, aku rasa orang yang paling rapat dengan aku, kau la. Aku duduk lama bujang, tak ada orang lain… kau la. Sakit pening kau, sakit pening aku, tak kot jaga aku, aku jaga kau.
“Mak datang rumah pun, mak jaga lebih aku daripada kau. Macam aku pula anak dia. Aku dah anggap kau macam abang aku. Pertama sekali aku doakan kesihatan kau kembali pulih sedia kala.
“Dimurahkan rezeki itu adalah perkara yang kedua, sebab aku fikir kalau kau tak sihat, kau tak boleh buat apa-apa pun. Murah rezeki, supaya kau dapat jaga anak-anak, bini dan keluarga.
“Sebab kau orang baik, jadi aku yakin rezeki kau akan terbuka luas di luar sana. Jauh di sudut hati aku harap kau akan kembali lagi. Sebab bekerja dengan kau sangat menyenangkan,” ujarnya.
Terdahulu, Angah memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada tugas penyampai radio SINAR disebabkan berdepan dengan masalah kesihatan.
#Sinar Fm
#Jep Sepahtu
#Jep
#Angah Raja Lawak
#Penyampai Radio Sinar
#Angah berhenti
#Angah masalah kesihatan