Laman Utama

Viral Kenangan Cikgu Anep Tengok Sepahtu Reunion Dengan Arwah Bapa, Jep & Rahim Tersentuh

Asyikin Mayudin
07/09/2023
09:47 MYT
“Siapa nak tengok Sepahtu Reunion sama-sama dengan saya lagi?” luah pemilik platfrom X (Twitter) yang dikenali sebagai Cikgu Anep yang mengimbau momen bersama arwah bapanya.
Menerusi perkongsian tersebut, Cikgu Anep mengakui Sepahtu Reunion merupakan rancangan komedi kegemaran arwah bapanya.
Malah Cikgu Anep berkata arwah akan merakam dan berulangh kali menonton program tersebut sehingga dia sehingga sudah menghafal dialog dalam episod.
“Sepahtu Reunion memang menjadi rancangan kegemaran Abah saya. Kalau terlepas pun dia akan rakam untuk tengok kemudiannya. Berulang-ulang pula tu sampai kadang-kadang saya dah boleh hafal dialog dalam satu-satu episod tu.
“Cuma ralat hajat nak bawa Abah saya tengok Sepahtu Reunion secara live tidak kesampaian. Percayalah. Komedi yang baik itu boleh menjadi penawar kepada pelbagai keresahan dan kesedihan.
“Terima kasih untuk komedi yang baik dan terima kasih juga atas doa anda semua,” kongsinya lagi.
Cikgu Anep memberi respons tersebut selepas menonton video ahli Sepahtu Reunion iaitu pelawak Jep dan Rahim yang mengucapkan takziah kepadanya.
“Semalam kami ada terbaca di platfrom Twitter (X) di akaun Cikgu Anep. Kita ada terbaca la tentang kehilangan ayah dan dia ada beritahu ketika ayahnya masih hidup, mereka saling menemani menonton Sepahtu Reunion Live.
“Jadi, kami di sini ingin mengucapkan salam takziah dan mendoakan juga mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Terima kasih di atas kenangan yang dicipta itu kami terselit.
“Saya harap Cikgu Anep diberikan ketabahan dalam ujian ini,” kata Jep disamping Rahim.
BACA SINI: 10 Minit bersama Sepahtu Reunion Live! - Driver Lori Sempoi [Episod 7]
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sembang Main Judi Di Podcast, Shuib Mohon Maaf - "Memang Tak Manis Buka Aib Sendiri"

gempak
24/07/2024
12:25 MYT
Pelawak popular, Shuib mengaku khilaf dan memohon maaf atas ketelanjuran berkongsi kisah silamnya yang pernah terbabit dalam aktiviti perjudian sehingga mengalami ketagihan.
Hiburan

Aedy Ashraf Sanggup Bleach Rambut Demi Hidupkan Watak Jazman Rahim

gempak
13/02/2024
13:00 MYT
Pelakon, Aedy Ashraf sanggup mewarnakan rambutnya blonde demi menghasilkan sebuah lakonan yang berkesan di dalam sebuah drama bersiri I.D yang bakal ditayangkan Februari ini.
Hiburan

"Ingat, Aku Pernah Selamatkan Kau Masa Terkandas Di Pulau" - Shuib

gempak
07/01/2024
14:56 MYT
Shuib Sepahtu pernah menyelamatkan sahabatnya yang juga pelawak, Ajak Shiro yang terkandas di sebuah pulau menggunakan helikopter.
Laman Utama

Isteri Pertama Rahim Sepahtu Kongsi Pengalaman Hidup Bermadu - “Mustahil Kalau Saya Kata Tidak Sedih”

gempak
29/08/2023
03:45 MYT
Bukan mudah nak hidup bermadu.
Laman Utama

“Secara Peribadi Saya Nak Satukan Semula Tapi…” - Mamat Sepah Rindu Nak Duduk Semeja Dengan Jep & Shuib

gempak
13/07/2023
04:52 MYT
Semoga dapat disatukan semula.