Berita
Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Astro radio terus relevan
Menurut data terkini daripada Gfk iaitu agensi penilaian yang diiktiraf secara rasmi bagi pengukuran pendengar radio di Semenanjung Malaysia, memaklumkan Astro Radio terus relevan dan mendapat sambutan tinggi dalam kalangan pendengar tempatan.
Pengarah Astro Audio, Priya Dharshini Prabakaran berkata, GfK ialah agensi data bertaraf antarabangsa yang diyakini dan berperanan penting dalam memastikan statistik pendengar Astro Radio diaudit secara profesional.
“Kami amat berbangga dengan pencapaian semua stesen Radio di Astro yang sangat komited dalam menyajikan kandungan menarik dan relevan. Selain dari kualiti kandungan radio yang terjamin.”
“Kami akan terus memastikan kandungan disediakan memberi bermanfaat dan menarik kepada pendengar setia. Kami sentiasa optimis bahawa penyampai radio kami akan terus berinovasi dan berkarya dengan lebih kreatif sesuai dengan kehendak para pendengar masa kini,” katanya dalam satu kenyataan media.
BERITA TRENDING: Ruhainies Sedang Jalani Misi Selawat 1000 Kali Sehari Selama 40 Hari - “Kita Perempuan Kalau…”
BERITA TRENDING: Kontroversi Konsert Sulung Dibatalkan, Ini Penjelasan Aisha
BERITA TRENDING: Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."
BERITA TRENDING: Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali
Berdasarkan kajian dan data GfK bagi gelombang ke-2 (2024), saluran-saluran Astro Radio telah berjaya mencatatkan 14.9 juta pendengar setiap minggu bersamaan dengan 72% daripadanya adalah pendengar radio di Semenanjung Malaysia. Ini sekaligus menyaksikan kepercayaan dan sokongan kuat rakyat Malaysia terhadap sajian kandungan berkualiti dan hiburan di bawah naungan Astro Radio.
Dua daripada empat jenama Bahasa Melayu Astro Radio menduduki tangga teratas dalam carta stesen paling popular di Malaysia. ERA FM sekali lagi berada di kedudukan pertama dengan merekodkan 4.8 juta pendengar, diikuti SINAR FM dengan 4.4 juta pendengar. Stesen THR GEGAR pula berjaya meraih 1.8 juta pendengar, manakala ZAYAN merekodkan peningkatan pendengar sebanyak 75% kepada 657,000 pendengar.
Manakala, bagi Radio Bahasa Inggeris, HITZ menerajui carta dengan 2.2 juta pendengar, sementara MIX berada di kedudukan kedua dengan 829,000 pendengar. LITE FM juga mendapat sambutan baik, berada di tempat ketiga dengan 637,000 pendengar.
Dalam kategori Radio Bahasa Cina pula, MY FM kekal menjadi pilihan utama pendengar dengan jumlah pendengar sebanyak 2.4 juta. Manakala MELODY menerima pencapaian terbaik dengan merekodkan peningkatkan jumlah pendengar sebanyak 3% iaitu 1.24 juta. Serta GOXUAN catat jumlah pendengar sebanyak 285,000.
Untuk Stesen Radio Bahasa Tamil, RAAGA mendominasi saban tahun dalam menjadi station Bahasa Tamil pilihan utama dengan jumlah pendengar sebanyak 1.48 juta pendengar.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti dan perkembangan terkini Astro Radio, layari laman sosial rasmi astroradio.com.my/