,
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

Khairil Khusyairi
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.

Gembira Bersama Anak-Anak

Kongsi pelakon berusia 52 tahun itu, dia turut bersyukur apabila sering bertemu dengan anak-anaknya bairpun sudah berpisah dengan bekas suami, Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau Ash.

“Alhamdulillah kehidupan saya okay saja, gembira bersama anak-anak.

“Anak-anak tidak bersama saya tapi bila cuti sekolah Alhamdulillah saya dapat ambil dan bersama mereka,” katanya kepada Gempak.

Utamakan Kesihatan Mental

Pernah berdepan episod perpisahan sebanyak dua kali, Sherie kini hanya mencari kebahagiaan dalam kehidupannya disamping mengutamakan kesihatan mental.
“Buat masa ini saya cuma nak teruskan hidup dengan ‘best’. Itu sahaja. Tak kisah dengan apa yang mendatang.

“Mudah-mudahan ada yang lebih bagus lagi, kita tak tahu kan. Sentiasa berharap yang terbaik di kemudian hari. Setiap hari kita berharap akan lebih baik dari hari semalam.

“Tak mencari pun, kalau ada, ada lah. Yang penting ‘life’ kita ‘happy’. Kita kena jaga kesihatan mental kita. Itu lebih bagus,” ujarnya.

Jadual Kerja Penuh

Ditanya mengenai perkembangan terkini, Sherie memaklumkan dia sibuk di set penggambaran dan menjadi tenaga pengajar untuk kelas lakonan.

“Ada masa saya rehat, kebanyakkannya saya shooting saja.

“Dan kalau tak ada shooting saya akan mengajar untuk bakat-bakat baharu.

“Jadual perlu penuh, kalau tak penuh mesti penuhkan juga. Dengan keadaan sekarang, jangan biar hidup terluang seorang diri yang boleh buat kita fikir macam-macam. Kita kena sentiasa aktif,” kongsinya.

Filem lakonan Sherie iaitu Mereka Yang Tertewas yang turut menampilkan pelakon Zaidi Omar, Fiza Halim, Adam Shahz, Mubarak Majid dan ramai lagi kini ditayangkan di pawagam terpilih seluruh negara.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

Tak Pernah Dibuli Di Set Penggambaran, Iedil Putra Titip Pesan Buat Pelakon - “Jangan Buat Perangai Orang Tak Suka”

gempak
21/11/2024
13:55 MYT
Pelakon Iedil Putra mendedahkan dirinya tidak pernah mengalami pengalaman 'dibuli' di set penggambaran sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Lama Tak Muncul, Penampilan Terkini Aniq Suhair Buat Peminat Teruja - “Pergh Dah Katang Badan”

gempak
21/11/2024
08:50 MYT
Pelakon Aniq Suhair mencuri tumpuan warga maya apabila berkongsi imej terkini di media sosialnya, baru-baru ini.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar