Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Saman Je Kalau Degil” - Netizen Bersyukur Boleh Rentas Negeri Tapi Persoal Kenapa Anti Vaksin…

Hanafis Haris 10/10/2021 | 22:35 MYT

Setelah sekian lama, kerajaan akhirnya bersetuju memberi kebenaran kepada rakyat Malaysia yang sudah menerima vaksinasi lengkap untuk melakukan pergerakan rentas negeri bermula hari ini.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pergerakan itu boleh dilakukan tanpa memerlukan kebenaran Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Walau bagaimanapun, individu yang masih belum lengkap vaksinasi atau enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19 tidak dibenarkan melakukan aktiviti rentas negeri.

Isu berkenaan kemudian mula diperkatakan netizen menerusi kebanyakan platform media sosial terutama di Twitter.

Ada yang menarik nafas lega larangan itu dinyatakan, namun tidak kurang juga yang mahu pemantauan khusus dibuat supaya gelombang Covid-19 tidak kembali tercetus.

“Saman je kalau still rentas, biar patah balik”.

“Tak vaksin pun kemain melompat dapat rentas, eee tak malu”.

“Amboi ambil kredit atas usaha orang ke,” tulis beberapa netizen.

Pun begitu, ada juga yang memohon supaya orang ramai tidak mendiskriminasi golongan tersebut dan boleh terus melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sekadar info, tiada sekatan khusus dilakukan kepada golongan yang tidak vaksin, sebaliknya hanya pemeriksaan secara rawak dilaksanakan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Pihak polis boleh pemeriksaan di mana-mana sahaja termasuk di kawasan rehat dan rawat (R&R).

BACA: Kes COVID-19 Turun 7,373, Esok Dah Boleh Rentas Negeri!

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
#Viral #Vaksin #RentasNegeri
;