Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Sami Malaysia Curi Barangan Berharga Di Kuil, Ditahan Di Tnhailand

Awani 23/11/2024 | 03:55 MYT

Seorang sami rakyat Malaysia ditahan di Chiang Rai, sebuah wilayah di utara Thailand, pada Khamis kerana disyaki mencuri barangan berharga daripada sebuah kuil Buddha, Wat Chet Yot di Wilayah Chiang Mai, menurut polis Thailand.

BBERITA BERKAITAN:Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

BERITA BERKAITAN:Lemas, Benam Kepala Anak Tamara Tyasmara 12 Kali, Kekasih Terlepas Hukuman MatiBERITA BERKAITAN:Nama Penyanyi Bea Soba Bea ‘Dipetik’ Artis Wanita Ditangkap Bersama Pil Kuda, Eddie Hamid: “Terkejut, Macam Tak Percaya”

Superintenden Pusat Pemeriksaan Imigresen Chiang Saen di Chiang Rai, Kolonel Polis Chinakorn Atsawaphum, dalam kenyataan pada Jumaat berkata, siasatan terhadap kes itu bermula selepas polis Chang Phueak di Chiang Mai menerima laporan mengenai kehilangan barangan berharga daripada wat itu.
"Polis mendapati suspek, seorang sami dari Malaysia yang menetap di kuil itu, menghilangkan diri selepas kecurian,” katanya, sambil menjelaskan waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Wilayah Chiang Mai pada 20 November.
Beliau berkata, sami berusia 50 tahun itu ditahan berhampiran Wat Phra Chao Lan Thong di wilayah Chiang Rai kira-kira pukul 12 tengah hari pada Khamis.

"Suspek mengaku dia adalah individu yang dinamakan dalam waran tangkap. Siasatan kes ini sedang dijalankan,” kata Chinakorn.

Sebelum pihak berkuasa Thailand meneruskan tindakan undang-undang, Chinakorn berkata suspek, yang mungkin berdepan tuduhan mencuri di kediaman di bawah undang-undang Thailand, berkemungkinan akan dilucutkan statusnya sebagai sami terlebih dahulu.
#Malaysia #Thailand #Ditahan #di #Sami
;